Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Apr-2009 20:30 Email | Share | Bookmark
Teater Mahsuri

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

SINOPSIS:
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.

Barisan Pelakon Utama
Vanidah Imran
Arja Lee (Azharudin Ramli)
Azizah Mahzan
Cico Harahap
Sabera Shaik
Azliyuszaini
Norsiah Mohd Yatim
Ard Omar

Pengarah
Fauziah Nawi

Skrip
Rahimidin Zahari

Pengarah Artistik
Irwan Ismadi Shahrim

Pengarah Muzik
Mohd Yazid Zakaria

Komposer & Lirik
Iryanda Mulia Irwadi

Koreografer Tari
Adam Corrie Lee
Mahmood Hj. Ibrahim
Rudy De Luna JR

Koreografer Silat
Mohammad Poizi Nawi

Pengarah Teknikal
Jamaluddin Md. Nor

Pereka Tata Cahaya
Mohd Firdaus Mohamad Hanif (Pitt Hanif)



1. Tarian

2. Tarian

3 4 Tarian

5. Tarian

6 & 7 Aria mengajuk Wan Endah "anak dara tua" dan Datuk Pekema Jaya memujuk isteri nya Wan Mahura

8. Tarian - anak dara tua

9. Babak malam pertama pengantin

10. Pengantin lelaki Wan Darus kena bayar "toll" sebelum dibenar naik kerumah

11. Wan Darus mengorak langkah malam pertama

12 - 13 Babak mimpi

13. "Levitation"

14. Wan Mahura merana sakit jiwa kerana terlalu berdengki dengan Mahsuri. Babak beliau kena perasapan

15. Latihan silat

16. Aria kiri dan Wan Darus kanan

17. Babak Datuk Pekema Jaya memberi arahan supaya Wan Darus pergi berjuang mempertahankan Langkawi dari serangan Siam

18. Datuk Pekema Jaya (Wan Yahya) menyerahkan keris kuasa kepada adik beliau, Wan Darus

19 & 20

21 & 22

23. Mahsuri menjamu Deramang ketika dirumah ibu bapa Mahsuri

24 & 25 Mahsuri pandai bersilat walaupun sarat. Mahsuri terasa sakit diperut ketika berseloka dengan Deramang.

26. Wan Mahura menuduh Mahsuri dan Deramang berlaku curang ketika ketiadaan Wan Darus.

27. Deramang enggan membiarkan dirinya ditangkap dan berjuang mempertahankan maruah beliau

28.

29 & 30 Deramang tewas ditangan Aria dan Mahsuri diheret kepenjara

31. Babak Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh

32. Pandak Mayah merayu untuk menyelamatkan nyawa anak beliau, Mahsuri.

33. Datuk Pekema Jaya bersetuju untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu kelahiran anak yang masih dalam kandungan Mahsuri. Mahsuri di penjarakan semula

34. Mahsuri melahirkan Wan Hakim ketika didalam penjara

35.

36. Datuk Pekema Jaya menyerahkan Keris Panjang kepada Aria untuk menjalankan hukuman bunuh keatas Mahsuri

37. Cubaan pertama gagal apabila Keris Panjang tersebut gagal merobek kulit Mahsuri

38. Wan Mahura merampas keris Panglima Hitam untuk menggantikan keris panjang Datuk Pekema Jaya

39. Mahsuri sempat mencium Wan Hakim buat kali terakhir

40. Pandak Mayah mengamuk tapi beliau tidak dapat menahan hukuman dari dijalankan

41. Hukuman dijalankan selepas Mahsuri selesai mengucap syahadah dan melafaskan sumpahan beliau

42. Ibu Mahsuri, Cik Alang menunjukan darah putih Mahsuri sebagai petanda bahawa Mahsuri memang wanita suci.

43.

44. Pandak Mayah hampir separuh gila menahan sebak






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net