Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Apr-2009 13:00 Email | Share | Bookmark
Kellie's Castle - Betul kah ia nya Berpenunggu?

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur sempat saya singgah sebentar di salah satu destinasi menarik di negeri Perak, iaitu Kellie's Castle yang terletak dalam daerah Batu Gajah. Perjalanan dari Ipoh hanya mengambil masa 20 minit sahaja.

Saya pernah bertugas di Ipoh dari 1990 hingga 1995. Banyak cerita pernah saya dengar mengenai istana ini terutamanya mengenai aspek paranormal nya. Ketika itu istana ini maseh di selubungi hutan denai dan berkeadaan terbiar. Kini ianya telah dibersihkan dan dijadikan salah satu daya tarikan pelancung ke negeri Perak.

Quote:
Sejarah Kellie's Castle

William Kellie Smith dilahirkan di Dallas, Scotland pada 1/3/1870 dan datang ke Malaya ketika berumur 20 tahun untuk mencuba nasib. Kellie adalah nama kepada ibunya.Pada 1905, Smith mendirikan kediamannya yang pertama, Kellas House. Pada 1909 batu asa istana kedua didirikan sebagai simbol keagungan nya.

Beliau mengambil khidmat 70 orang pekerja yang kebanyakkanya dari Madras, India. Batu batu dan marmar yang digunakan adalah diimport dari Italy. Tetapi semasa pembinaanya satu tragedi menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith.
Mengikut kepercayaan kaum India, kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka.

Istana lama ini juga mempunyai menara 6 tingkat, sel menyimpan arak, tiang tiang kukuh dan arca moorish dan dinding yang bercirikan Greco Roman. Terdapat juga ruang legar di tingkat atas untuk berparti dan juga shaft lift yang pertama di Malaya.

Dalam kunjungan ke Lisbon, Portugal, semasa berusia 56 tahun, Smith diserang penyakit Pneumonia dan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. Kerja kerja terhenti pada Disember 1926 setelah kematian Smith. Isteri beliau menjual segala hartanya di Malaya dan pulang ke England.


Saya sempat berbual dengan En Tajuddin Yaacob, pengusaha yang diberi pajakan 3 tahun oleh Majlis Daerah Batu Gajah untuk mengendalikan Kellie's Castle. Menurut beliau istana ini memang berpenunggu. Yang terbaru beberapa crew termasuk Awie telah dirasuk ketika membuat penggambaran "Antoo Fighter". Malah beliau sendiri pernah nampak kelibat lembaga2 yang tidak dapat dipastikan disekitar istana tersebut.

En Tajuddin juga menambah bahawa terdapat beberapa terowong bawah tanah pada suatu ketika dahulu. Tapi difahamkan pengurusan yang sebelum ini telah mengambil langkah keselamatan dengan menutup pintu2 masuk ke terowong terowong tersebut.

Saya berseorangan ketika membuat rakaman. Keadaan mendung ketika itu. Sebaik sahaja hujan turun saya pun berlari mencari perlindungan di pondok kawalan. Ketika itu tangan kanan saya berasa seolah olah 6 kilogram berat nya. Sakit berdenyut denyut bagaikan bisul yang masak. Saya mengesyaki sesuatu gangguan halus dan terus mengambil wuduk di masjid yang berdekatan. Setelah selesai solat zohor, sakit tadi hilang dengan sendiri nya.

Kalau ada antara pembaca yang ada mendengar atau ada sebarang pengalaman pelek di Kellie's Castle silalah berkongsi cerita disini.


1. Ini sebenarnya bahagian belakang istana

2.

3 & 4

5.

6. Ini kediaman asal Smith. Ianya maseh berkeadaan baik sehinggalah di bom tentera Jepun semasa perang dunia kedua.

7.

8.

9. Altar room

10. Corridor di tingkat dua.

11. Pemandangan menghadap bahagian belakang Istana. Dulu nya tiada sungai. Sungai ini pada asal nya dulu mengalir di bahagian depan istana tapi telah dialihkan alirannya ke kedudukan sekarang.

12.

13. Corridor ditingkat bawah




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net