Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Apr-2009 20:00 Email | Share | Bookmark
PRK P59 - Jamuan Makan Kuala Sepetang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Restoran Tepi Sungai, Kuala Sepetang

Majlis jamuan makan malam anjuran Mr Lau, seorang peniaga dan penyokong kuat BN untuk mempertemukan pemimpin BN dengan ketua2 persatuan dan "taiko taiko" Kuala Sepetang dan kawasan berhampiran.

Difahamkan separuh daripada yang hadir adalah ahli atau pun penyokong DAP. Isu utama yang dihadapi disini ialah masaalah bekalan air bersih yang telah terganggu sejak pemerintahan Pakatan Rakyat.

Masaalah tersebut memang kronik. Surau yang berhampiran pun tidak mempunyai bekalan air untuk berwuduk sehinggakan saya terpakasa menggunakan air mineral untuk wuduk solat Maghrib.

Tetamu VIP yang dijemput ialah YB Hamidah, EXCO Pelancongan Perak, YB Tan Lian Hoe, Ahli Parlimen Gerik dan juga bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang dan YB Anipah Aman, Ahli Parlimen Kimanis dan bekas Ketua Perhubungan UMNO Sabah.

Sambutan yang diberikan oleh tetamu yang hadir keatas ucapan2 yang diberikan oleh tetamu VIp amat memberangsangkan.

1.

2.

3. Yang berdiri belakang YB Hamidah itu ialah Sdr Kamarulail yang telah diwar war kan sebagai salah seorang calun bagi mewakili BN untuk P59

4. Tan Lian Hoe merayu supaya semua yang hadir memilih dan memberi sokongan kepada calun BN

5. Dari pemerhatian saya, YB Tian merupakan pemimpin parti komponen yang paling gigih dan bersemangat berkempen sepanjang minggu ini. Mungkin kerana beliau selesa dan sudah biasa dengan penduduk P59

6. Tiga ADUN Sabah juga turut hadir sama

7. Hidangan makanan laut yang terbaik disediakan oleh restoran ini

8. Anipah Aman berjaya menarik perhatian tetamu yang hadir dengan cerita perbandingan keadaan di Sabah dengan pembangunan di Semenanjung. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan melompat parti kerana hanya BN sahaja yang dapat menjamin masa depan rakyat Malaysia.

9. 'Wanita kampong' yang mempunyai ketokohan besar sebagai peminpin bagai kan Aishah Ghani Ucapan beliau juga mendapat sambutan terutamanya apabila beliau mengumumkan rancangan kerajaan negeri Perak untuk membangunkan Kuala Sepetang sebagai destinasi pelancongan utama.

10. Begitu Yakin YB Hamidah melaungkan "Hidup BN" yang disambut kuat oleh sekalian yang hadir.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net