Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Mar-2009 11:00 Email | Share | Bookmark
Radiator Bocor

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Simpang Empat, Taiping, Perak

Pagi ini sempat saya mencuba khidmat baikpulih radiator di Simpang Empat, Taiping. Bengkel ini terletak dalam kawasan Parlimen P59. Kereta saya yang berusia 24 tahun jarang sekali memberi masaalah mekanikal kecuali masaalah 'overheating'. Malam tadi punca masaalah dapat di kenalpasti apabila kebocoran pada tangki radiator dapat dikesan dengan jelas. Mekanik PLUS yang membantu telah memberi alamat bengkel ini yang pakar dalam membaiki masaalah radiator. Ikutilah paparan seterusnya.

1. Setelah tangki dibuka tekanan angin digunakan untuk mengenal pasti tempat kebocoran

2. Ini lah penutup tangki yang bocor. Penutup asal ini diperbuat daripada bahan gentian fiber.

3. Tebing tangki diluruskan semula.

4. Cucian kesan cat dan kotoran menggunakan asid mosaik. Asid ini tak berapa kuat dan hanya perlu menggunkan air untuk mencuci jika terkena kulit.

5. Proses mencuci tiub saluran air dalam tangki. Rod besi nipis digunakan untuk menjolok keluar karat dan kotoran mendapan dalam tiub setelah bertahun tahun penggunaan.

6. Penutup baru diperbuat daripada tembaga diubahsuai untuk menggantikan penutup lama. Penutup tembaga ini dikatakan boleh bertahan lebih daripada 10 tahun.

7. Ini lah rupa bahagian hujung susunan tiub saluran air tangki radiator

8. Tebukan untuk saluran air berpandukan penutup yang asal

9. Aluminium digunakan sebagai "sealant"


Kini kereta saya bergerak begitu lancar tanpa masaalah "overheating" dan mampu memecut sehingga 160 km sejam dengan mudah. Kos kesemuanya cuma RM188 sahaja.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net