Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Mar-2009 10:00 Email | Share | Bookmark
PEKIDA - Aduan Polis Kes Kugan

 
 
 
 
Venue : Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur

Sumber - Utusan Malaysia Online
Quote:
Dua NGO buat laporan terhadap Gani Patail

KUALA LUMPUR 2 Mac - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mengetepikan pandangan majistret dan pakar patologi di dalam kes kematian tahanan A. Kugan.

Dua NGO itu iaitu Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Barisan Bertindak Rakyat, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 10.30 pagi.

Dalam laporan yang sama, mereka juga meminta polis menyiasat Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan yang menghina Sultan Perak dan Raja-Raja Melayu selain peserta perhimpunan haram di IPD Brickfileds, kelmarin.

Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Roslan Dahawan berkata, pihaknya membuat laporan ke atas Abdul Gani kerana menukar siasatan kes kematian Kugan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, tindakan itu telah mengetepikan keputusan bedah siasat oleh Hospital Serdang sebelum ini bahawa kematian Kugan disebabkan paru-paru berair.

''Kami mendesak Peguam Negara (AG) mengkaji semula keputusan itu kerana tindakan tersebut telah mengetepikan pandangan pakar perubatan.

''Kami menyeru AG tidak meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 dalam kes tersebut,'' katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Barisan Bertindak Rakyat, Naseron Ismail dan lima ahli daripada kedua-dua pertubuhan tersebut.

Menurut Roslan, laporan tersebut adalah susulan daripada yang dibuat di IPD Putrajaya pada 23 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui hari ini mengesahkan telah menerima laporan tersebut.


1.

2.

3.

4.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net