Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Feb-2009 14:30 Email | Share | Bookmark
Majlis Cabutan Nombor Calon UMNO.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Dewan Tun Razak, PWTC

PHOTOBUCKET

Punca : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
Quote:
Mukhriz anggap no. 01 petanda baik

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menganggap kedudukan nombor satu dalam kertas pengundian memberi petanda yang baik untuk memenangi jawatan tersebut.

Biarpun pada mulanya tidak kisah mendapat nombor apa pun tetapi sebaik sahaja diumumkan mendapat nombor satu, beliau mengakui terdetik juga rasa gembira.

''Diharapkan ia memberi lebih semangat kepada saya untuk berkempen selepas ini,'' katanya ketika ditemui selepas sesi cabutan nombor calon yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui persaingan di antara beliau dan dua calon lain iaitu Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin masih seimbang dan terbuka.

Biarpun begitu, beliau mengakui terpaksa berdepan dengan kekangan masa berjumpa dengan para perwakilan.

''Terutamanya saya dan Khairy kerana dalam masa yang sama kami terpaksa pergi ke Parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat,'' jelasnya.

Oleh itu, beliau akan menggunakan pelbagai cara untuk berkempen termasuk menerusi laman blog bagi menyampaikan mesejnya kepada perwakilan.

''Namun begitu, penggunaan teknologi semata-mata tidak menjamin sokongan 100 peratus daripada perwakilan kerana ada sesetengah tempat seperti di luar bandar tidak mempunyai kemudahan Internet,'' ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak kisah dengan kedudukan pencalonan di tempat ketiga pada kertas pengundian.

''Keyakinan saya untuk menang masih tinggi namun tidak dapat dinafikan persaingan agak sengit di antara ketiga-tiga calon,'' ujarnya.

Seorang lagi calon, Mohamad Khir tidak hadir semasa sesi pengundian tersebut.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim menjadi calon nombor satu pada kertas pengundian manakala Datuk Reezal Merican Naina Merican berada di kedudukan nombor dua.


1. Kak Jat saja yang datang, boss dia tak kelihatan langsung

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14. Calun Ketua Pemuda - 01 Mukhriz Mahathir, 02 Dr Khir Toyo & 03 Khairy Jamaluddin

15. Calun EXCO Pemuda, Dr Novandri Hassan Basri 08 - berkacamata sebelah kiri. Sila layari MINDA INTELEK MELAYU untuk mengenali lebih lanjut calun ini. Undi jangan undi...

16.

17

18.

19.

20.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net