Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Feb-2009 21:30 Email | Share | Bookmark
TV9 - Siaran Langsung Rancangan Hujah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sila lawati MUKHRIZ.COM untuk muat turun gambar boleh citak bersaiz 5R.

Quote:
Hujah akan bersiaran secara langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendengar wawasan tiga tokoh politik mengenai isu sosial, politik dan ekonomi semasa.

Di samping itu, Hujah mengambil peluang bagi mengetahui apakah hala tuju dan masa hadapan UMNO serta nasib bangsa kita pada masa akan datang. Tajuk kupasan ini yang berkait rapat dengan isu masa kini pastinya memberi lebih banyak informasi terkini kepada penonton.

Bagi mengulas lanjut tajuk yang menjadi perhatian umum ini, Hujah menjemput tiga tokoh politik yang telah diketahui ramai kebolehan dan kepetahan mengutarakan pendapat mereka.

Mereka adalah Dato' Mukhriz Tun Mahathir anak bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun dan juga exco Pemuda UMNO.

Manakala tokoh kedua adalah Bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo untuk turut serta menyumbang pendapat tentang tajuk yang dibicarakan ini.

Seterusnya, Hujah turut menjemput Khairy Jamaluddin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan cepu emas secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini memang menarik perhatian penonton. Sebab itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah.

Oleh itu, bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk pada minggu ini, teruskan menonton TV9 pada 17 Febuari, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka oleh TV9, stesen Dekat di Hati lagi padat berinformasi.

Source: http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=820...


Quote:

Minda Feriz Omar
Utusan Online
Rencana

HANYA MUKHRIZ BELUM DIBERI PELUANG
Tuesday February 24, 2009

Saya merasakan peranan yang dimainkan oleh Profesor Muhammad Agus Yusof setelah menggantikan saya sebagai Moderator Hujah TV9 adalah amat profesional dan independent dalam mengendalikan pertemuan Mukhriz - Khairy - Khir Toyo yang dibawakan secara langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka pada 17 Februari lalu.

Semasa program Hujah TV9 tersebut, Profesor Agus telah melontarkan kenyataan bahawa sekali pun Khairy Jamaluddin pernah dianggap sebagai 'liabiliti' UMNO dan sekalipun Datuk Seri Mohd. Khir Toyo adalah penyebab kekalahan teruk kerajaan Barisan Nasional yang diketuainya di Selangor, tetapi mereka berdua masih lagi sanggup menebal muka mengejar jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun Khairy dan Mohd. Khir dapat menepis tanggapan ramai terhadap mereka, peringkat akar umbi sememangnya mengenali siapakah mereka yang sebenarnya. Ini kerana kedua-dua individu ini pernah diberi peluang untuk memimpin dalam UMNO. Namun yang belum lagi diberi peluang ialah Datuk Mukhriz Mahathir dan tambahan pula beliau jugalah sebenarnya yang paling awal mencetuskan perjuangan supaya UMNO berubah.

Demi mengelakkan kecelaruan berlaku di peringkat Pemuda UMNO, sudah sampai masanya untuk bakal Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan signal sebenar kepada semua perwakilan UMNO sebelum Pemilihan Agung UMNO pada Mac 2009 nanti agar orang Melayu dan ahli-ahli UMNO terutamanya tidak terus berpecah-belah.


PHOTOBUCKET

1 - 3 Calon KP beramah mesra dengan hadirin sebelum majlis bermula

2.

3.

4. Posing "kamceng" sebelum siaran langsung

5 Pelbagai gaya calon semasa berhujah

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19 - 24 Gambar2 berikut yang dirakam ketika "commercial break"

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net