Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Feb-2009 14:15 Email | Share | Bookmark
21 NGO Sokong Ketua Polis Selangor

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

PHOTOBUCKET

Memorandum menyokong kepimpinan Ketua Polis Selangor dihantar kepada Ketua Polis Negara berlanjutan dari kes kematian suspek pencuri kereta A.Kugan. Rombongan NGO dikepalai oleh Dato' Theng Book, Penasihat Undang Undang mereka.

Quote:

Per : Memorandum Sokongan Kepimpinan Ketua Polis Selangor

1. Kami pertubuhan NGOs di Puchong telah membuat memorandum ini berikutan laporan akhbar media semasa di muka surat N24 the Star pada 6/2/09 dimana terdapat pihak tertentu menggesa supaya Ketua Polis Negara memecat Ketua polis Selangor dengan segera.

2. Memorandum ini dibuat untuk menyatakan sokongan kami penduduk di Puchong terutamanya kepada kepimpinan Yang Berbahagia Dato’ Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Selangor.

3. Kami berpendapat beliau telah menerajui tampok kepimpinan Polis di Selangor dengan baik dan melaksanakan tugas beliau dengan penuh dedikasi, adil, saksama, berani, prihatin dan penuh bertanggungjawab serta berprofesionalisma.

4. Kami juga berpendapat beliau seorang Ketua Polis yang berusaha memperbaiki hubungan baik dan mempertingkatkan kerjasama rakyat dan Polis di mana dengan mempertingkatkan mutu kerja Polis melalui program-program yang telah dilaksanakan. Tindakan pihak tertentu menyuruh Ketua Polis Selangor untuk meletakkan jawatan atau dipecat adalah tidak wajar dan bijak.

5. Kami di sini menyatakan sokongan baik dan jitu kami kepada kepimpinan beliau sebagai Ketua Polis Selangor dan akan memberi kerjasama kepada PDRM dalam segala usaha pencegahan jenayah demi menjaminkan keamanan di negeri Selangor supaya kami dapat satu keadaan yang kondusif untuk menjalankan perniagaan dan kehidupan kami.


Pautan berita:
1. Star Online

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net