Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Jan-2009 10:52 Email | Share | Bookmark
Ahli Parlimen Shah Alam Pertahankan Kuil

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Section 19, Shah Alam... berhampiran Masjid ABIM.

1 - 4. Kuil yang menjadi isu. Arahan untuk merobohkan kuil tersebut telah dikeluarkan pada awal tahun 90an oleh kerajaan negeri apabila PKNS membeli tanah tersebut untuk dibangunkan dari Guthrie. Tapi sehingga kini ianya masih belum dirobohkan setelah jawatankuasa kuil mendesak supaya digantikan dengan tapak yang baru.

2.

3.

4.

5. Kegiatan samseng "kicap" yang menggunakan kuil tersebut sebagai markas sering mengganggu penduduk setempat. Rumah penduduk pun di cat dengan kod kumpulan samseng tersebut. Mengikut berita yang diterima, samseng tersebut sering kali mengganggu majlis tahlil penduduk yang tinggal berdekatan kuil tersebut dengan memainkan alat musik dari dalam kuil. Apabila diminta kerjasama mereka, samseng tersebut akan meminta duit pampasan.

6. Bahan untuk mengadakan kenduri dan majlis pecah tanah bagi gelanggang silat dan pusat rekreasi masyarakat Islam Seksyen 19 sedang dipunggah. Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada hari Sabtu, 10/1/09 jam 10 pagi.

7. Timbalan Pengerusi Pewaris bersalaman dengan Wakil Rakyat (PAS) Shah Alam, Khalid Samad.

8. Khalid bertegang leher dengan Rahim. Beliau dengan angkuh berkata "Sekarang suara rakyat telah memilih kami bukan memilih Tuan. Ini kawasan saya, Parlimen saya, saya menang, saya menang, saya dipilih.."

9. Khalid : "Kita marah Israel bertindak terhadap kita macam ni..macam ini lah.. macam ini. Itu lah saya katakan BN telah memerintah 20 tahun, kami baru ambil alih tak sampai satu tahun.."

10. Khalid : "Saya tau lah Tuan nak menangkan UMNO di KT. Saya tau, saya tau. Tuan boleh tuduh saya, Tuan boleh tuduh saya. Tadi Tuan tuduh saya honeymoon. Tuan tuduh saya dan saya boleh tuduh Tuan. Tuan tak tarik balik tuduhan, saya pun tak tarik la"

"Saya tau Tuan nak menang di KT, nak timbulkan isu disini ya? "


11. Khalid : "Saya tau bahawa Pewaris ini dia punya apa ni..aaa... penyokong ni dibawah Pekida dan sebagainya penaungnya adalah orang2 UMNO lah. Dan kita tau mereka nak timbulkan isu di Selangor dan bawa ke KT dan kata .. "Hah tengok negeri dibawah Pakatan Rakyat, kecoh". "Bukan kita tak tau, kita dah lama dalam politik."


Khalid tetap dengan pendirian beliau bahawa isu kuil harus dibiarkan 'status quo' nya sementara kerajaan negeri mencari tapak yang sesuai sebagai ganti. Beliau berkata bahawa segala pembinaan baru kuil disekat dan segala tindakkan merobohkan juga disekat oleh kerajaan nergeri.

Kepada Pewaris beliau menyarankan supaya plan dan cadangan pembangunaan di serahkan kepada pihak berkuasa untuk kelulusan. Beliau tidak akan menyokong dan hadir sebarang majlis melibatkan Pewaris sekiranya tiada kelulusan diberikan pihak berkuasa tempatan.

Pewaris pula mendesak supaya semua kuil di negeri Selangor dikenakan syarat yang sama. Sekiranya cadangan untuk mengadakan pusat riadah ditolak atau pun dirobohkan selepas ianya dibina kelak, maka kuil di Seksyen 19 tersebut mesti kenakan tindakan yang serupa tanpa berdolak dalik lagi.

Pewaris tetap dengan perancangan mereka dan akan meneruskan majlis mereka pada pagi Sabtu 10/1/09 ini.

Pautan forum :
1. KHALID SAMAD YANG ANGKUH





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net