Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Dec-2008 15:00 Email | Share | Bookmark
Bekas Pelajar Melayu Tuntut RM2 juta Dari Soi Sek

 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Wisma MCA

Utusan Malaysia
Quote:

Soi Lek terus dikecam - Beri tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek diberi tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf kepada kaum Melayu atas kenyataan berbaur fitnah dan hasutan yang dikeluarkan beliau baru-baru ini.

Soi Lek juga diminta supaya membayar ganti rugi berjumlah RM2 juta kepada Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) sebagai tanda kekesalan terhadap kenyataannya yang disifatkan sebagai hasutan supaya kaum bukan Melayu membenci orang Melayu.

Ahli Exco GGMM, Nik Rizman Sapian berkata, tuntutan tersebut dibuat selepas pihaknya yang mewakili orang Melayu tersinggung dengan kenyataan melampau Soi Lek berhubung konsep ketuanan Melayu yang dianggap tidak lagi relevan di negara ini.

‘‘Kita beri dia tempoh 24 jam untuk mohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu. Bukan itu sahaja, kita juga menuntut ganti rugi berjumlah RM2 juta atas dakwaan yang sama.

‘‘Sekiranya segala tuntutan tersebut tidak dipenuhi, GGMM akan memfailkan saman terhadap Soi Lek di Mahkamah Tinggi Shah Alam,‘’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan notis tuntutan permohonan maaf kepada orang Melayu kepada Soi Lek di Wisma MCA di sini hari ini.

GGMM yang diwakili oleh Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz menyerahkan notis tersebut kepada Setiausaha Ketua Pegawai Pentadbiran MCA, Yap Chin Chin yang mewakili Soi Lek.


1.

2. Peguam Mohd Khairul Azam menyerahkan surat tuntutan kepada wakil MCA, Cik Yap Chin Chin

3. Yap Chin Chin menandatangani penerimaan

4.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net