Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Nov-2008 09:00 Email | Share | Bookmark
PKR - Kongress Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
28 November 2008 (Friday)

Stadium Malawati
Shah Alam 9:00 am Welcoming Remark by MC
9:30 am Opening Address for Wanita and Youth Congress by Deputy President DR SYED HUSIN ALI

Annual Natioal Congress of the KeADILan Youth (AMK) 2008

Stadium Malawati Shah Alam 10:45am Policy speech by Youth chief SHAMSUL ISKANDAR
11:45am Tabling of minutes of meeting, annual report and financial report.
12:30pm Recess
2:00pm Policy speech debate by the delegates

4:36pm Motion debate
6:35 pm Election of 30 Youth delegates to the National Congress
7:00pm Congress adjourned


Sebelum pergi ke kongress dah dengar ura2 dari ahi AMK dan kenalan media yang lain bahawa Menteri Besar Selangor akan 'dikerjakan' hari ini. Terbukti berita tersebut benar

Pautan forum di SINI

1, 2 & 3 Ucapan dasar oleh Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar



4. Izzah pun turut hadir sebelah sessi pagi

5. Segelintir kecil ahli AMK bukan Melayu yang hadir

Perbahasan Ucapan Dasar
6. Sdr Zabidie Abas (Johor) - Beliau mempersoal kesediaan PKR untuk mengambil alih pemerintahan negara dan mengambil iktibar cara sikap sambil lewa peserta dalam Kongress tahun ini. Namun beliau yakin PKR akan berjaya mengambil alih pemerintahan negeri Johor pada PRU akan datang. Beliau menggariskan strategi untuk menentukan kejayaan i,e setiap ahli memastikan mereka2 yang rapat dengan mereka menjadi ahli PKR, menjadikan murid sekolah sasaran sebagai pelapis muda, mendekati setiap NGO, mendekati artis (Mawi pada suatu ketika pernah jadi tukang pasang bendera PKR di Kulai),.

7. Sdr Nor Hilmi Abdul Hamid (Kangar) . Beliau mensarankan supaya ahli AMK jangan berbalah dengan orang UMNO supaya senang menarik mereka 'to cross over'. Ahli AMK perlu mendisplinkan diri dan membantu meningkatkan kualiti pentadbiran negeri2 yang sudah pun dibawah PKR

8. Sdr Khairul Nizam Razali (Padang Serai). Beliau berapi api mencemuh UMNO yang telah meracun pemikiran rakyat Malaysia supaya bersifat perkauman sejak merdeka lagi. "UMNO Boleh Belah lah!!!!"

9. Sdr Azrizal Tahir (Pulau Pinang). AMK kena lebih menonjol dalam isu ISA. Dah 9 bulan menang tapi ramai muka Yang Berhormat tak pernah nampak di kawasan masing2. Mana pergi mereka2 ini? Tak reti turun padang ke?

10. Yusree Mohd Yaakob (Lumut). Beliau menggesa supaya diberikan tumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan

11. Sdr Mazli Sari (Selangor). Beliau menyeru supaya pentadbiran negeri dibawah PKR (Selangor) di perkasakan lagi. Beliau mengingatkan bahawa salah satu manifesto PKR ialah menghapuskan keborokan UMNO / BN dalam pentadbiran negeri. Namun rakyat sekarang telah semakin kecewa kerana proses ini berjalan terlalu perlahan. Beliau mengesa supaya AMK diberi peranan lebih penting dalam pentadbiran negeri yang selama ini memberi alasan bahawa AMK tidak mempunyai pengalaman - "Kalau takut ambil risiko jangan cakap pasal perjuangan !!!"

12. Sdr Rozhan Rasip (Wilayah Persekutuan). AMK mesti diberi peruntukan tahunan untuk membolehkan ia bergerak lebih efektif. 'Key Performance Index' (KPI) hendak lah diguna pakai untuk mengukur pencapaian setiap cawangan dan bahagian.

13. Sdr Zamzul Nordin (Melaka). Tumpukan kepada pengukuhan pentadibiran negeri dan jangan cakap pasal pengambilan pemerintahan negara jika pentadbiran negeri masih belum boleh diperkemaskan. Akar umbi ingin memilih sendiri Ketua2 AMK Bahagian yang sekarang hanya dipilih secara mutlak oleh Ketua AMK Pusat.

14. Sdr Abdul Halim (Negeri Sembilan). AMP tidak mempunyai sumber kewangan untuk bergerak. Kerajaan negeri dibawah pakatan terutamanya dibawah PKR hendak lah membantu AMK dari segi kewangan

15. Sdr Rizal Jamin (Pahang). Sindiran kepada bekas ahli UMNO yang masuk PKR. Jangan lah harapkan apa2 kontrak atau imbuhan dan buangkan lah amalan buruk semasa dalam UMNO. Beliau juga mengingatkan kepimpinan PKR supaya tidak memperlekehkan dan memandang rendah kepada ahli2 parti yang telah berjuang sekian lama semenjak penubuhan PKR. Beliau juga menempelak pemimpin yang enggan turun melawat mangsa bencana dengan alasan membuang duit dan masa pemimpin tersebut.

16. Sdr Wan Aminuddin (Trengganu) Berpusing pusing dan tercungap cungap cakap sampai saya pun konfius dan tak ingat apa dia cakap

17. Mohd Ikram Abdul Rashid (Kelantan). Bekas ahli UMNO di Kelantan dan masuk PKR sebelum kena pecat dari UMNO yang didakwa pengamal rasuah dan penipu. Beliau langsung tidak gentar dengan ISA

18. Sdr Zainuddin Hassan (Sabah) Menuntut supaya semua kepimpinan PKR turun membantu dalam pilihanraya kecil di Sabah nanti

19. Ahli EXCO AMK dari Sarawak. Sangat kecewa kerana pucuk kepimpinan pusat langsung tidak ambil peduli PKR Sarawak. Macam mana nak ambil alih kepimpinan negara jika tidak ada keadilan dalam parti yang memperjuangkan keadilan. AMK Sarawak langsung tidak mempunyai sumber kewangan dan tidak mungkin mampun menjalankan aktiviti parti di negeri yang sebesar semenanjung Malaysia


20. Sdr Azmizan Damanhuri (Selangor) Membawa usul gaji minima. Beliau menggesa kerajaan Selangor menunaikan janji kepada rakyat Selangor seperti yang terkandung dalam manifesto PRU tempuh hari. Terdapat 16,670 kakitangan kerajaan nergeri Selangor pada ketika ini dan 13,000 daripada mereka mendapat pendapatan dibawah RM1,000. Gaji minima yang dijanji ialah RM1,500 sebulan. Takrif kemiskinan seperti terkandung dalam manifesto ialah mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.

21. Wakil yang membawa usul pelajaran


Kedua2 usul diterima dengan undi sebulat suara.

22, 23 & 24. Sesi hiburan bersama Yasin and friends







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net