Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Nov-2008 22:28 Email | Share | Bookmark
HINDRAF Bukan Anti Melayu Tapi UMNO

 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kuil Subramaniam, Batu Caves

Semasa menghadiri majlis Pewaris tempoh hari ada terdengar diantara para peserta yang mengatakan Hindraf akan mengumpulkan 1,000,000 penyokong mereka di Batu Caves hari ini. Malah semasa di Balai Polis pun ada terdengar anggota Cawangan Khas yang menyuarakan kebimbangan mengenai perkara yang sama.

Siang tadi saya mula memantau pada jam 12.30 pm dan jam 4 pm. Keadaan lengang dan tidak menunjukkan pergerakan luar biasa yang akan melibatkan manusia seramai satu juta. Sekatan jalan raya pun tak begitu ketat.

Saya kembali semula ke kuil selepas waktu Isyak setelah hujan yang turun sejak jam 6.30 ptg mulai reda.

Jumlah yang hadir untuk majlis memperingati ulangtahun pertama Hindraf saya anggarkan tidak melebihi 1,000 orang. Puluhan wartawan dan jurufoto yang mengharapkan aksi2 luar jangkaan pulang hampa

Semasa ditemuramah wakil2 Hindraf terdiri daripada Sdr Manogaran, S Jayathas dan Manikavasagam telah menegaskan perkara2 berikut:-

a. Hindraf tidak memusuhi orang Melayu tetapi UMNO
b. UMNO dituduh sebagai penyebab kemunduran kaum India di Malaysia. UMNO dikatakan telah menindas semua kaum2 minoriti di Malaysia termasuk lah kaum2 minoriti di Sabah dan Sarawak.
c. Mereka akan berjuang untuk mengesahkan pendaftaran Hindraf di Malaysia. Hindraf telahpun di daftarkan di London.
d. Kaum India seluruh Malaysia sedang mengadakan upacara yang sama seperti di Batu Caves dan kebangkitan Makkal Sakti akan berlaku dalam masa terdekat.
e. Pihak pengurusan Batu Caves juga didakwa tidak mengambil berat dan sensitif terhadap pergerakan Hindraf.

Topik Hindraf terdahulu:-
1. HINDRAF - KEKECOHAN DI BATU CAVES
2. RUSUHAN HINDRAF DI KLCC

1.

2.

3.

4.

5.

6.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net