 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Jinggo's FotoPages
 By: minaq jinggo
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 23-Nov-2008 08:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
PEWARIS - Siri Jelajah Majlis Permuafakatan Ummah
|
|
Venue : Dewan Utama, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
| Quote: | Pewaris anjur jelajah pertahan hak bumiputera
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jurucakapnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, siri jelajah yang akan bermula bulan depan di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negara itu, bertujuan menjamin kesejahteraan hubungan kaum dan keamanan di Malaysia.
Menurutnya, siri jelajah itu penting bagi menyedarkan semua pihak bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kini cuba menggugat keistimewaan Islam, Melayu dan bumiputera, seterusnya mengancam keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Kata beliau, siri jelajah itu bertujuan mendapatkan persefahaman di antara semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengadakan resolusi dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ancaman-ancaman tersebut.
''Selepas itu, memorandum dan resolusi yang terhasil akan dihantar kepada Perdana Menteri dan wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah itu di sini hari ini.
Dalam majlis itu, kira-kira 500 ahli gabungan Pewaris berarak dari Wisma Sejarah ke balai polis Jalan Tun Razak di sini, bagi membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan ke atas lima perkara antaranya Hindraf dan penghinaan ke atas Islam.
Laporan penghinaan ke atas Islam itu dibuat apabila sebelum kumpulan itu mula berarak kira-kira pukul 1.50 petang tadi, seorang wanita berdiri di atas jejantas di situ sambil melemparkan kata-kata kesat ke atas agama Islam dan bangsa Melayu.
Kekecohan berlaku dan beberapa anggota polis yang berada di situ terpaksa mengiringi serta melindungi wanita berkenaan ke kenderaannya.
Sementara itu. menjawab satu soalan, Maamor berkata, Sisters in Islam patut bermuhasabah diri sebelum membuat sebarang teguran ke atas perkara yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu pengkid.
''Ketetapan majlis itu mengikut lunas Islam, al-Quran serta hadis dan Allah sendiri melaknat golongan perempuan yang membawa perwatakan lelaki dan sebaliknya," tegasnya.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam menyebut, Pengurus Acara Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi mendakwa, pengharaman pengkid dikhuatiri bersifat diskriminasi terhadap golongan perempuan beragama Islam di negara ini.
|
Pautan forum
1. FORUM.CARI - ISU SEMASA
2. FORUM.MYKMU - POLITIK SEMASA
Lagi banyak gambar di SINI
Ucapan semua nya berapi api...Kain rentang pun berapi berapi jugak. Tujuan untuk menaikkan semangat orang Melayu menegakkan hak mereka. Laporan terperinci tak boleh disiarkan kerana majlis tertutup, tapi cukup lah sekadar paparan bergambar.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9. Ini baru la pendekar nama nya. Mencium keris disusuli dengan deklamasi sajak perjuangan.
10. Ini pula Pendekar Melayu yang telah mendapat pengiktirafan dunia
11. Ayahanda salah satu cawangan Pekida
12. Sdr Razak, Guru Silat Pesaka Gayung dari Port Dickson
13. Lagi sorang Ayahanda
14. Pengerusi Peguam Islam Malaysia, Tan Sri Zahar Ujang
15. Wakil muslimah, dari gaya penyampaian rasanya dia wakil PAS
16. Datuk Dr Mansor Osman, jurucakap Pewaris menyampaikan ucapan dan resolusi 18 perkara
17. Gambar beramai
18. Ini lah wanita Cina yang menyebabkan kekecohan berlaku sebelum perarakan bermula. Mula2 nya wanita ini merungut kepada kami (jurufoto) yang berada diatas jejantas. Dia kata "Blardy unfair. When you alll Malays apply you get (permit la gamak nya) When the opposition apply they reject. Blardy racist". Kemudian dia turun dan pergi berdepan dengan budak2 yang sedang berkumpul untuk berarak. Berlaku lah jerit menjerit diantara mereka.
19. Dia dah pergi balik kekereta dan kembali semula kejejantas untuk memaki hamun para peserta.
20. Polis kemudian mengiringi beliau untuk mengelak perkara yang tidak diingini dari berlanjutan
21. Ketika diringi, wanita tersebut cuba melarikan diri
22. Paaannnng... kena penampar dari salah seorang peserta
23.
24. Dan terus tersungkur
25.
26. Polis kemudian cepat2 melarikan wanita tersebut menuju ke kereta beliau
27. Peserta yang berang melepaskan geram kat kereta la pulak
28. Ini lah rupa kereta wanita Cina yang mencuba nasib mencabar orang Melayu. Dibelakang kereta tertulis Add Maths Tiution.... cikgu add maths gamak nya dia nih...
29. Kejadian kejar mengejar tersebut telah menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang kedua dua hala Jalan Tun Abdul Razak
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|