Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 8-Nov-2008 09:00 Email | Share | Bookmark
Pelancaran Triathlon Amal 2008 Salman Sayang Malaysia

Venue : Tepi tasik Putrajaya belakang Yayasan Kepimpinan Perdana
Quote:

Program ” Salman Sayang Malaysia”

October 30, 2008 by admin
Filed under Berita ESQ

“Kecil-kecil cili padi”, pepatah itu amat bertepatan untuk menggambarkan si atlet cilik berbakat, Salman Ali Shariaty Abdul Halim. Buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysia akan menyaksikan seorang kanak-kanak 11 tahun, beraksi dalam sukan ekstrem.

Salman akan berenang, berbasikal, dan berlari dalam projek yang dinamakan ” Salman Sayang Malaysia” ini.

Objektif projek anjuran kerjasama antara MST Global Sdn. Bhd. dan ESQ Leadership Center(ESQ LC) Sdn. Bhd. ini adalah untuk mengumpulkan dana tabung kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Selain itu, ia juga merupakan salah satu latihan dalam rangka Ekspedisi Ekstrim 7 Benua(EE7B) Fasa III pada Jun 2009 kelolaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dan ESQ LC Sdn. Bhd, yang bakal dilakukan oleh Salman dan kakaknya, Zahra Abdul Halim, 17.

Dalam program yang akan diadakan pada 8 hingga 17 November ini, Salman akan beraksi dalam 3 acara sukan(triatlon) iaitu berenang sejauh 8 km Tasik Putrajaya, berbasikal sejauh 360km sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor, dan berlari sejarak 84km di Putrajaya. Jarak ini adalah dua kali ganda dari jarak kejohanan Triatlon Ironman yang lazim diadakan di Malaysia. Salman akan turut ditemani oleh penjelajah muda negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, 26.

Dalam sidang akhbar pelancaran “Salman Sayang Malaysia” yang diadakan baru-baru ini, bekas jaguh bina badan negara, Malek Noor, menyuarakan kekaguman nya terhadap Salman yang disifatkan sebagai “Super Kid”. Beliau yang juga wakil dari MST Global Sdn. Bhd., tidak ketinggalan menyeru mana-mana institusi atau individu untuk sama-sama membantu menjayakan program ini. Bersama-sama beliau turut hadir Regional Trainer dari ESQ LC, Aminul Rachman Pulungan sebagai wakil dari ESQ LC.

Antara aktiviti lain yang bakal dijalankan sepanjang program berlangsung ialah Forum Kepimpinan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Ary Ginanjar Agustian, jualan baju Triatlon Amal, Larian 165, jualan meja Makam Malam Perpaduan Nusantara ESQ da Pelancaran Projek EE7B Fasa III dan lain-lain lagi.



1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Tun Siti sempat meluangkan masa menyambut Salman setelah tamat misi renangan beliau sejauh 8 km











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net