Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Sep-2008 17:00 Email | Share | Bookmark
Mukhriz - Majlis Sumbangan Derma dan Berbuka Puasa

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Masjid Nurul Ihsan Pida 7, Air Hitam



Ucapan Mukhriz berkisar mengenai AMAN Malaysia dan peranan sukarelawan dalam Malaysia

Masjid Pida (Feeder) 7 terletak dalam kawasan bendang padi


Acara penyampain sumbangan kepada masyarakat setempat




Ketibaan Tun pada jam 6 petang. Tun terpaksa berjalan sikit pasal jalan sempit



Ucapan Tun menyentuh perihal perlunya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kita. Tun juga menzahirkan rasa terharu dan berbesar hati beliau kerana dapat bersama masyarakat setempat buat pertama kali nya, walaupun setelah 22 tahun memerintah negara.

I wouldn't want to have this twins running around me while I am shooting

Acara penyampaian sumbangan kepada anak2 yatim setempat




Sidang akhbar

Quote:
Jangan jual undi - Tun Mahathir - Utusan Online 24/9/08

JITRA 23 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat supaya tidak 'menjual' undi masing-masing tidak kira sama ada dalam pemilihan parti yang mereka sertai atau pada pilihan raya kecil serta umum.

Beliau yang pernah memimpin negara selama 22 tahun berkata, setiap undi itu tidak ternilai harganya dan hanya pemimpin yang berhak sahaja layak menerimanya.

"Kita harus ingat kalau kita jual undi, percayalah suatu hari nanti orang asing akan menjajah kita semula. Kita akan hilang kuasa untuk memilih kerajaan sendiri.

"Kalau ada sesiapa yang cuba membeli undi kita, ingatlah harga undi itu tidak dapat ditentukan nilainya kerana melalui undi itulah, yang boleh menyelamatkan diri, bangsa dan agama kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa dengan penduduk di Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam di Masjid Nurul Ehsan Pida 7, Jerlun di sini petang semalam. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Dr. Mahathir seterusnya berkata, rakyat sendiri pada akhirnya akan menjadi mangsa jika memberi undi mereka kepada calon yang menggunakan wang bagi meraih kemenangan kerana individu berkenaan bukan daripada kalangan yang boleh dipercayai.

Kata beliau, calon yang bersikap sedemikian tentulah daripada kalangan mereka yang tidak disukai ramai disebabkan malas bekerja atau tidak melayani keperluan rakyat sehingga sanggup menyogok wang bagi membeli undi.

"Orang yang macam ini kalau kita sokong, kitalah yang akan menjadi mangsa kerana mereka ini bukan manusia yang boleh dipercayai.

"Kalau dia sogok wang kepada kita, mungkin dia juga terima wang daripada orang lain. Oleh itu kita dapati wakil kita tidak bebas, sebaliknya dikuasai oleh orang-orang yang memberi wang kepadanya," ujar beliau.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri mengingatkan rakyat negara ini agar mensyukuri nikmat kedamaian dan keamanan yang dikecapi sejak 50 tahun lalu menerusi sistem demokrasi yang diamalkan pentadbiran kerajaan.

Katanya, meskipun rakyat hidup dalam suasana berbilang kaum, tiada ketakutan dirasai kerana mereka mengetahui hidup di dalam sebuah negara yang aman.

Justeru, kata beliau, penduduk harus berusaha mengekalkan keadaan tersebut dengan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi itu.


Group foto kenangan wakil media bersama Tun

Berbuka puasa dengan hidangan kampung. Nasi ulam, ikan bakar, sup ekor, masam asam keladi, kerabu, pulut panggang dan karipap.

Solat Maghrib. Imam itu di khabarkan ahli PAS kawasan Pida 7. Rakaman ini dibuat semasa kumpulan jemaah yang ketiga.

Biasa nya orang cium tangan, tapi yang ni lain sikit

Tun sempat dirakam bersama kakak beliau di dapor rumah Dato' Rahmat di Jalan Pegawai, Alor Setar





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net