Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Sep-2008 14:30 Email | Share | Bookmark
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Menara Datuk Onn, PWTC

Difahamkan sekumpulan Pemuda UMNO akan melakukan protest di perkarangan tempat letak kereta tingkat 4 untuk membantah peralihan kuasa 2010. Mereka mahukan peralihan kuasa dilakukan sebelum Disember tahun ini.

Update : 6 am 19/9/08

Kain rentang ini dipasang di jalan utama menuju PWTC. Dari tingkat 39 Menara Onn kami dapat melihat ada tidak kurang 3 kain rentang lain yang dipasang sepanjang jalan menuju PWTC. Saya diberitahu bahawa kain rentang anti Pak Lah boleh dilihat sejauh Jalan Parlimen sejak tengah hari tadi. Dari atas kami dapat lihat pekerja pengurusan UMNO bergegas menurun kan kain rentang dalam hujan renyai.

Di lobby semua yang hadir kemesyuarat berpakaian Melayu serba lengkap kerana ada rakaman takbir Raya di tingkat 39

Kelihatan juga penulis Syed Hussain Al Attas dengan buku terbaru beliau "Sodomi, Bontuti, Al-Liwati - Dunia Belum Kiamat 2". Semua ahli MT termasuk Pak Lah dihadiahkan dengan senaskah buku tersebut

Penulis buku Sdr Johari, yang membuat laporan Polis keatas Pak Lah pun berada di lobby

Sdr Zaharin bersama pengawal peribadi Najib

Pak Aziz dan Khir Toyo

Kumpulan besar Pemuda yang diwar war kan tidak kelihatan. Cuma beberapa orang ahli Pemuda yang biasa dilihat dan saya kenal saja yang kelihatan berlegar legar di lobby dan menjadi "sukarelawan penyambut tetamu"


Saya menungu sehingga jam 3.45 ptg. Setelah diberitahu bahawa mesyuarat pengurusan masih berjalan dan mesyuarat MT masih belum bermula , saya dan beberapa orang jurugambar yang lain pun angkat kaki dari PWTC. Destinasi seterusnya ialah Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Untuk berita lanjut sila kunjungi :-

1. ROCKY BRU
2. BIG DOG





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net