Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Aug-2008 15:30 Email | Share | Bookmark
Tun Dr Mahathir Lancar Kempen Derma Darah PraRamadhan

Venue : AEON (Jaya Jusco), Bukit Tinggi, Kelang

More fotos at PHOTOBUCKET LIBRARY

Quote:
Dr. Mahathir kongsi pengalamanpentingnya derma darah

KLANG 30 Ogos - Pengalaman menjalani pembedahan jantung pada Ramadan tahun lepas, bagi Tun Dr. Mahathir Mohamad cukup menyedarkan betapa pentingnya amalan menderma darah."Tahun lepas ketika masa macam inilah (menjelang Ramadan), saya masuk hospital untuk pembedahan, saya terima banyak darah yang didermakan penderma.

"Sebagai orang yang banyak mendapat nikmat, saya sedar pentingnya amalan menderma darah dan terhutang budi dengan penderma ini," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan di pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi di sini semalam.

Kempen anjuran AEON Co. (M) Bhd. (AEON), Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara), Utusan Malaysia dan Pusat Darah Negara itu yang memasuki tahun kedua, kali ini menyasarkan untuk mengutip lebih 5,000 pain darah.

Turut hadir ialah Pengerusi AEON, Datuk Abdullah Mohd. Yusof dan Timbalan Presiden Ansara, Roslan Bani Amin yang mewakili Presiden Ansara, Datuk Mukhriz Mahathir.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang mengakui sudah lima kali menderma darah sepanjang hayatnya, menasihatkan orang ramai supaya tidak takut menderma darah memandangkan amalan mulia itu mampu menyelamatkan nyawa orang lain, di samping meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Bagaimanapun, kini beliau tidak lagi mampu berbuat demikian atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan usia yang semakin lanjut.

"Doktor nasihatkan saya supaya tidak menderma darah lagi kerana tekanan darah rendah, orang tua, biasalah," katanya.

Menurutnya, kesedaran rakyat Malaysia untuk menderma darah pada masa kini semakin tinggi berbanding ketika beliau mula menjadi doktor perubatan apabila orang ramai takut berbuat demikian atas alasan bimbang menjejaskan kesihatan.

Beliau berkata, ketika itu orang ramai yang belum biasa dengan menderma darah menganggap amalan itu akan menyebabkan darah semakin sedikit selain menerima kesan sampingan seperti pening dan pitam.

"Hakikatnya darah kita semakin banyak keluar dari tulang kerana apabila kita menderma darah ia seolaholah memberi rangsangan kepada darah baru, ini baik untuk kesihatan dan menjadikan penderma lebih muda," katanya.

Dr. Mahathir berkata, masalah kekurangan darah sering berlaku terutama pada musim perayaan kerana kurangnya penderma selain faktor darah itu yang hanya boleh disimpan selama dua minggu.

Kempen bertemakan Jom Derma Darah Sebelum Puasa itu berlangsung serentak selama tiga mulai semalam hingga Ahad di 28 lokasi termasuk di 14 pusat beli belah AEON di seluruh negara.

Orang ramai boleh melayari laman web www.ansara.com.my bagi mendapatkan maklumat mengenai lokasi berkenaan.




















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net