Teater yang wajib ditonton oleh orang UMNO terutamanya ahli2 baru.
Quote:
Rosmah harap Dr M, isteri kembali
KUALA LUMPUR: Isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap bekas Tun Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan kembali semula ke pangkuan UMNO.
Katanya beliau yakin bekas perdana menteri itu dan isterinya masih menyayangi UMNO walaupun kedua-duanya sudah meninggalkan parti itu pada 19 Mei lalu kerana kecewa lalu menganggap UMNO sekarang tidak lagi seperti UMNO yang ditubuhkan 62 tahun lalu.
Rosmah juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Tun Dr. Mahathir dan isteri kerana sudi untuk hadir teater muzikal mengenai pejuang kemerdekaan Ibu Zain di sini malam ini.
Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Persatuan Penulis Wanita Malaysia di kediamannya di sini hari ini, Rosmah yang juga penaung teater itu, menyeru ahli politik terutamanya wanita untuk sama-sama menonton teater berkenaan untuk menghayati perjuangan Ibu Zain.
Penerbit Eksekutif Teater Ibu Zain, Noraini Nordin pula berkata satu cadangan membawa teater itu ke Permatang Pauh sempena pilihanraya kecil disitu 26 Ogos ini dilihat sebagai pendekatan terbaru berkempen.
BERNAMA
Azean emo sakan bila berjumpa Tun suami isteri
Scene Ibu Zain semasa bayi
Scene Ibu Zain dipujuk masuk Kristian
Scene Ibu Zain bertukar pendapat denagn ayah beliau Munsyi Sulaiman mengenai pilihan agama
Cikgu Ms Ruth melawat Ibu Zain di sekolah beliau
Scene Ibu Zain mengajar di pelbagai daerah dalam Johor
Scene kapal haji dimana Ibu Zain bertemu bakal suami beliau
Scene kekejaman Jepun
Scene kebangkitan Melayu menentang Malayan Union
Mercu tanda kemegahan Ibu Zain
eh kak azean irdawaty pun ada ke? kita memang suka sangat lakonan kak azean. memang natural.yang paling kita suka lakonan dia dalam alah tak ingat la tajuk dia, tapi yang dia jadi bibik aka angin angin agency tu.
wah tun dr mahathir pun ada. lagi lah meriah teater ini ye. kepada ejat- best la tu jumpa tun dr mahathir ek?
Fri 15-Aug-2008 14:08 Posted by:marina
'u nak apa bila abang jadi PM nanti, tak tak i nak tolong u juga pasai u dah banyak sponsor i'
teka, ini dialog sapa? cluenya orang nya cun dan buah hati pengarang jantung dewata...
Fri 22-Aug-2008 15:07 Posted by:marina
Ahli Parlimen Rembau itu juga mengulangi cabarannya terhadap Anwar supaya mengangkat sumpah untuk membuktikan dia tidak bersalah terhadap tuduhan liwat ke atasnya.
bagaimana anwar? orang yang menghantarkan pasport anda utk ke germany ni. dia dah mencabar anda nampaknya.
Fri 22-Aug-2008 15:25 Posted by:marina
ada seorang driver dato nalla buat sd pulak.kenapa sekarang ni baru nak buat? adakah pkr terdesak sangat hinggakan membuat semua ini? adakah anwar telah hilang sokongan dari orang biasa? yang tinggal hanyalah orang upahan?
Fri 22-Aug-2008 15:27 Posted by:marina
Allahuakbar.........Allahuakbar........Allahuakbar.........Allah s.w.t yang maha berkuasa........yang maha segala-galanya diatas segala kejadian alam ini.........Ya Allah ya tuhanku ........tunjukkanlah kebenarannya.........diantara PEJUANG SEJATI DAN PENGKHIANAT SEJATI........kalau benarlah Bro Anwar pejuang Islam yang sejati tunjukkanlah ia kebenaran........begitu juga tunjukkanlah kepada umatmu siapakah manusia PENGKHIANAT SEJATI.......Kalau benarlah angkatlah pejuang Islam yang sejati menjadi pemimpin kepada Malaysia negaraku yang tercinta dan pemimpin tersebut akan di angkat dan disanjung oleh segenap rakyat marhaen..............tetapi kalau pemimpin yang pengkianat sejati lupuskanlah manusia itu dari mentadbir negaraku Malaysia dan selagi hayatnya beliau akan dihina dan dibenci oleh rakyat marhaen Malaysia.....yang tercinta.......Ya Allah s.w.t tunjukkanlah kebenaranNYA......kerana aku percaya hanya ALLAH S.W.T yang maha segala-galanya kejadian alam ini bukan manusia yang rakus.....zalim... dan tamak utk berkuasa.........AMIN..............