Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Aug-2008 09:00 Email | Share | Bookmark
Majlis Peguam Berdegil Meneruskan Forum

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Bangunan Majlis Peguam, Kuala Lumpur

Pandangan seorang Muslim

Heran mengapa persatuan islam sendiri tak buat forum untuk meniliti dan memperhalusi perkara undang2 yang dibangkit Majlis peguam. Perkara2 yang menjadi masaalah pokok kepada muaalaf. Contoh nya hak penjagaan anak, hak nikah cerai apabila salah seorang saja daripada pasangan suami isteri yang memeluk Islam. Hak keatas harta sepencarian dan sebagainya.

Mengapa biarkan orang lain menimbulkan persoalan2 sedemikian baru kita nak melenting. Kita yang menarik muaalaf baru memeluk Islam harus mengemaskinikan perundangan Syariah yang mana telah menjadi isu yang tak habis2 ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Bukan kah lebih baik sekiranya forum2 sebegini dianjurkan oleh badan2 dan persatuan2 yang memperjuangkan Islam supaya tidak ada masaalah pertindihan dan kesamaran.

Berbalik kepada demo yang diadakan, berapa ramai diantara mereka yang benar2 faham isu yang dibangkitkan. Sia2 saja kalau berlaku pertempuran yang menjadi mangsa hanya lah mereka2 yang mengikut secara membuta tuli saja. Kenapa tidak Persatuan Muslim menghantar wakil dan mengikuti forum tersebut dan memahami isu sebenar dan mengambil tindakan seterusnya berlandaskan fakta.

Kain rentang mencabar Majlis Peguam memang nampak teratur dan terancang. Kaki jerit pun ada skrip memasing. Tapi semua nya nampak sesia kerana isu yang dibangkitkan tidak menemui kata putus dan penyelesaian. Majlis Peguam atau lain2 badan akan tetap menimbulkan perkara yang sama dimasa yang lain. Ada kah kita orang Islam akan terus berdemo tanpa melakukan perkara proaktif untuk mengukuhkan perundangan Syariah kita demi menyelamatkan Muaalaf2 yang semakin hari semakin ramai.






Yang menjerit ini mengaku seorang muallaf

Dari tingkap Majlis Peguam

Pasukan Amal telah menampakan kemampuan mereka menjalankan tugasan dengan berkesan berbanding Skuad AMK

Tegang apabila wakil dari pelbagai badan mendesak supaya forum dihentikan. Semua tunjuk bakat

Isteri Haji Sulaiman, Dr Mehrun Siraj merayu supaya wakil2 yang naik menunjukkan akhlak Muslim yang sebenar. Macam mana orang nak hormati kita kalau kita tak menghormati orang lain.. Hj Sulaiman mengepalai kumpulan peguam yang membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat terbaru dan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam. Beliau juga seorang muaalaf. Dr Mehrun Siraj pula ialah seorang Pensyarah Kanan Undang2 , Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Sila baca pandangan beliau mengenai HAK PASANGAN MUAALAF DALAM KES NIKAH CERAI

Siri foto hero GPMS yang hampir2 kena penumbuk wakil Majlis Peguam. Kalau kena lah masa itu, sudah tentu lagi huru hara keadaan




Pelbagai individu cuba menunjulkan diri sebagai jaguh walaupun antara mereka ada yang memihak Majlis Peguam diatas pentas yang lain. Wakil2 peguam pun mempersoalkan motif individu tersebut. Sila baca PKR MULLS ACTION AGAINST PROTEST LEADER

Pintu gelungsur ditutup sebagai simbolik kemenangan pendemo

Bacaan doa

Yang diaminkan semua pihak termasuk lah Polis yang berkawal







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net