Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Aug-2008 14:00 Email | Share | Bookmark
Macam Mana Gangster Boleh Berleluasa Dalam Estet?

 
 
 
 
 
 
Venue : IbuPejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Tengah hari semasa lalu didepan IbuPejabat Polis, Bukit Aman kelihatan seplatoon FRU mengawal di luar pintu utama. Untuk memastikan apa yang terjadi saya telah meninjau dan sempat menemuramah Ahli Parlimen Kapar (PKR), Sdr S.Manikavasagam (Mike) yang mewakili satu keluarga dari estet (more stories later)

Update :

Penyerahan memorandum "KES HILANG SEORANG REMAJA BERNAMA P.SELLAYE BERUMUR 17 HILANG PADA 19 JUN 2008 DAN TIADA PERKEMBANGAN DALAM KES IN MENYEBABKAN SYAK WASANGKA TERHADAP PEGAWAI POLIS" kepada Ketua Polis Negara.

Isu berbangkit apabila laporan Polis yang dibuat oleh ibu kepada gadis yang hilang tidak mendapat perhatian yang "sewajarnya" dari Polis. Menurut Mike, kadar jenayah meningkat dengan mendadak dalam kawasan Parlimen beliau, terutama nya dalam estet2. Bila disoal, beliau memberitahu bahawa samseng2 yang beroperasi dalam kawasan estet tersebut adalah samseng yang dikenali oleh masyarakat sekeliling.

Malahan didalam laporan Polis nama suspek beserta nombor talipon dan alamat pun telah diberi kepada Polis. Apabila saya soal apa tindakan masyarakat sekitar untuk menangani masaalah samseng selain membiarkan mereka beroperasi, mereka menyeringai balik "Itu tugas Polis, kita semua sudah report, dia orang apa mau lagi?"

Tiada wang tebusan yang diminta dan tiada ugutan dibuat, jadi apa yang samseng2 itu mahu. Kepada soalan ini Mike mengesahkan bahawa gadis2 yang diculik akan dijual kepada sindiket pelacuran. Ibu gadis mengesahkan bahawa beliau telah bercakap dengan anaknya melalui telepon tiga hari yang lalu. Anak nya dalam keadaan sihat dan selamat dna dipercayai berada di Kulim.

Pada penghujung temuramah, Mike menyatakan bahawa masyarakat dalam kawasan beliau mengesyaki Polis selama ini bersekongkol dengan samseng2 yang beroperasi dalam kawasan mereka.

1.

2.

3.

4.

5.

6.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net