Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Jul-2008 14:30 Email | Share | Bookmark
Prebiu Filem SUSUK

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Hall 3, Golden Screen Cinema, One Utama

Quote:
Susuk merupakan sebuah novel adaptasi filem seram yang diarahkan oleh Amir Muhammad, menceritakan tentang seorang gadis bernama Soraya yang berhijrah ke bandar untuk mengubah nasibnya. Di sana, dia tinggal bersama kakaknya dan bekerja di sebuah hospital sebagai jururawat.

Soraya berkeinginan menjadi seorang bintang suatu hari nanti. Terdapat seorang dukun bernama Dewangga memaparkan kepada Soraya sebuah rahsia yang lebih menakutkan, dan Soraya tidak dapat menolak rahsia turun-temurun yang bakal merubah hidupnya nanti.

Novel Susuk hasil tulisan Nizam Zakaria ini akan membawa pembaca ke sebuah dunia mistik beratus tahun ke belakang, agar pembaca akan mengenali asal usul Dewangga, seorang dukun yang diselubungi misteri yang terus hidup dari zaman ke zaman mengamalkan ilmu susuk keramat, sejenis susuk yang mampu membuatkan pengamalnya bukan sahaja cantik, malahan mempunyai kuasa mistik yang luar biasa.

Selama beratus-ratus tahun Dewangga menunggu saat-saat yang tepat apabila susunan planet dan bintang tepat pada turutan yang istimewa. Pada saat itu, Dewangga akan menurunkan susuk keramatnya kepada seorang gadis yang dirasakannya layak untuk dijadikan seorang 'bintang'. Jika beratus tahun dahulu, gadis-gadis pilihannya merupakan puteri-puteri dari kraton dan istana diraja, pada
zaman moden ini, puteri-puteri yang mampu berkuasa dan menggegar dunia ialah puteri-puteri yang bergelar diva. Akhirnya, Soraya dipilih oleh Dewangga untuk dijadikannya seorang diva.

Susuk secara sinis memaparkan keadaan sebenar dunia artis dan hiburan. Susuk merupakan sebuah novel yang menghiburkan dan pada masa yang sama akan memberi kesan yang mendalam ke atas pembaca yang mungkin perlahan-lahan akan memahami jalan-jalan sukar yang terpaksa dialami oleh artis kesayangan mereka untuk akhirnya seorang bintang dan diva.


• Buat pertama kalinya di Malaysia, gabungan hebat antara penerbit (Marshall Cavendish (M) Sdn Bhd), TV3 (Grand Brilliance) dan penerbit filem (Monsoon Pictures) telah menerbitkan buku, drama dan filem yang dihasilkan secara berturutan!
• Pelancaran buku bersama bintang-bintang aksi ternama akan diadakan untuk menyaksikan aksi-aksi yang paling hebat.
• Dalam tempoh 22 Jan – 22 Feb 2007, rebutlah peluang memenangi Novel Susuk dengan melawati laman http://www.era.fm/05/pena/ulasan_buku/









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net