Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 27-Jul-2008 00:00 Email | Share | Bookmark
Pembatalan Konsert Inul Daratista

Petikan dari SENSASI SELEBRITI

Quote:
Konsert Inul Daratista Di Stadium Putra Dibatalkan

Sekali lagi Konsert Inul Daratista yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 27 Julai Ahad ini ditolak. Sebelum ini perbincangan bersama ahli jawatankuasa Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang terdiri daripada 20 agensi Kerajaan termasuk pihak DBKL, Polis, Jabatan Agama Islam, Imigresen dan lain-lain, kami difahamkan mereka amat menyokong dan meluluskan permohonan untuk Konsert Inul Daratista tersebut. Tetapi akhirnya pada pagi Jumaat 25hb Julai 2008 pada pukul 10 pagi, pihak kami menerima faks daripada pihak DBKL menyatakan permit tidak diluluskan tanpa sebarang sebab.

Selepas mendapat faks itu pihak kami menghantar surat rayuan kapada DBKL dan Polis. Selepas Sembahyang Jumaat Pihak kami berjumpa denga pihak DBKL untuk meminta terangan yang lanjut dan merayu agar konsert ini tidak di batalkan. Tetapi ia tidak berhasil.

Pihak kami juga difahamkan oleh pihak DBKL dan pihak Polis bahawa konsert ini ditolak atas alasan keselamatan negara bukan disebakan oleh Personaliti atau persembahan daripada Inul Daratista.

Pihak Kami juga telah memberitahu Inul Daratista yang berada di Surabaya mengadakan Konsertnya di sana. Beliau memerima berita ini dengan tenang dan akur dengan keputusan yang di beri oleh pihak kerajaan Malaysia. Dia juga memahami keadaan Malaysia sekarang ini setelah melihat sumber sumber dari internet. Tetapi dia juga agak kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku.

Yang menjadi tandatanya kenapa pihak DBKL telah membuat kenyataan akhbar menerusi stesen-stesen radio dan akhbar tempatan yang menyatakan Konsert Inul Daratista ini dibatalkan diatas sebab-sebab keselamatan tanpa memberitahu pihak penganjur terlebih dahulu.

Untuk pemberitahuan umum, pihak penganjur iaitu IMS Prima telahpun mengalami kerugian yang amat banyak iaitu hampir RM500,000.00.


Apa pendapat pembaca semua? Alasan yang diberi oleh DBKL ialah sebab2 keselamatan.
Adakah bantahan yang dibuat oleh Pemuda PAS akan dimanifestasikan dengan demonstrasi ganas?
Apakah mesej yang dapat dibaca oleh masyarakat antarabangsa mengenai tahap keselamatan Malaysia ketika ini trutamanya di persekitaran Kuala Lumpur, sehinggakan acara konsert pun boleh menyebabkan keselamatan awam tergugat.
Kalau parti2 politik ingin mempolitikan isu ini, mengapa tidak berjihad menghapuskan kemungkaran2 yang terang dan nyata yang telah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat Islam dan Melayu... yang saya ingin ketengahkan ialah perjudian melalui Toto dan 4 nombor ekor.


Gambar archive




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net