Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 13-Jul-2008 18:50 Email | Share | Bookmark
Sepetang di Rumah Mayat Hospital Ampang

 
 
 
Buat apa ?

Terima panggilan dari kenalan orang UMNO mengenai kematian Tengku Kudin (nama sebenar Muhd Basir) yang dikatakan telah membunuh diri setelah diserbu Polis di kediaman beliau di Bukit Antarabangsa subuh tadi. Saya biasa melihat arwah Kudin di majlis2 Tun Dr Mahathir. Arwah memang dikenali ramai terutama nya orang2 UMNO.

Mengikut laporan, Polis IPK Johor telah memanggil Kudin untuk memberi keterangan dalam suatu kes (tidak disebut) di IPK Johor. Tetapi beliau enggan berbuat demikian. Oleh itu pasukan yang dihantar khas dari Johor telah cuba untuk memberkas beliau sebanyak tiga kali. Ketiga tiga nya dilakukan siang hari. Tetapi kali yang keempat telah dilakukan sekitar jam 3 pagi.

Setelah Kudin gagal memberi kerjasama selepas 1 jam Polis membuat rayuan, pasukan Polis telah memecah masuk kerumah Kudin melalui pintu belakang. Mereka mendapati bahawa Kudin telah pun tidak bernyawa dengan jerutan kain pelikat dileher yang diikat ke galang kayu pengalas tangki air.

Keluarga Kudin tidak berpuas hati dengan penjelasan dan laporan yang dibuat Polis dan telah membuat laporan mereka sendiri. Mereka merasakan sebab2 kematian amat mencurigai tambahan pula Kudin tidak mempunyai masaalah2 berat yang memungkinkan tindakan drastik membunuh diri.

Jenazah Kudin telah dibawa pulang ke Muar untuk dikebumikan jam 7 petang tadi.

Kepada keluarga Kudin saya mengucapkan takziah dan banyak bersabar. Kita sama2 lah tunggu pihak Polis membuat siasatan terperinci dan mengeluarkan laporan mereka yang seterusnya.


Al-Fatihah untuk Muhd Basir a.k.a Ku Din

Bagi menghormati keluarga arwah, hanya gambar berikut saja yang saya akan paparkan disini








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net