Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jul-2008 20:45 Email | Share | Bookmark
Pementasan Teater Bukan Dejavu

Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
Bukan Dejavu
 
 
Venue : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka

Dejavu (Oxford Fajar) = Feeling of having experience the present situation before.

Quote:
JUDUL TEATER : Bukan Dejavu
(Johan Pertandingan Menulis Skrip Drama
Pentas 50 Tahun DBP
TARIKH : 9 – 13 Julai 2008

MASA : 8.30 malam
TEMPAT : Auditorium DBP, Kuala Lumpur
PENULIS SKRIP : Ismail Kassan
PENGARAH : Siti Rohayah Attan (PPWM)
PELAKON : Juhara Ayob (Narti), Shukor Yon (Yanto), Datin Norish Karman (Nora), Safura Yaacob (Ustazah Salmi), Datuk Jalaluddin Hassan (Tahir), Rasdi Daud (Pak Jamal), Arbaiah Ahmad Nadzri (Norma), Mardiana Ismail (Jamilah), Siti Ameira Zulaiqha Hasmuri (rahimah), Rasdi Daud (Pak Jamal), Shaari Shafie (Leman), Yussak Kassan (Parjo) dll.
PENGANJUR : Dewan Bahasa dan Pustaka
KERJASAMA : Badan Budaya DBP
& Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
TIKET : RM20, RM30 & RM50
INFO : 03-61866592/ 014-6083836
BLOG : www.bukandejavu.blogspot.com


Quote:

SINOPSIS

Narti sudah mampu membuka sebuah warung makan untuk teman teman. Dia menjual pelbagai jenis sup, dan yang paling mendapat permintaan adalah Sup Ekor yang mereka namakan Sup Ekor Setan. Salah seorang pelanggan tetap Narti adalah Sulaiman, si Posmen yang lurus bendul tetapi sangat jujur dan amanah.

Cerita bermula dengan kegembiraan Nora bila menerima sepucuk surat dari anaknya Norma hamima yang sedang belajar di New Zealand. Norma Hamima memberitahu ibunya bahawa dia akan tamat pengajian dan akan balik tak lama lagi. Berita gembira itu juga sebenarnya bersalut dengan kerungsingan dihati Nora kerana dia bimbang dengan tanggapan anaknya itu bila mengetahui pekerjaan sebenar Nora.

Sulaiman si Posmen itu pula kalut dengan masalah teman wanitanya Jamilah (anak tiri Tahir – seorang ketua Gangster yang menjaga Kelab Karaoke Semarak hati, tempat Nora berkerja.

Jamilah sudah mengandung angkara perbuatan ayah tirinya sendiri. Itu adalah kandungan keduanya selepas kandungan pertamanya gugur akibat ditendang oleh ayah tirinya. Jamilah mahu melahirkan dan membesarkan bayi tersebut. Leman meminta bantuan Narti dan Nora supaya dapat membantu Jamilah melahirkan anaknya dirumah mereka. Narti dan Nora bersetuju membantu.

Yanto dan Pak Jamal merancang mahu mengadakan kenduri Akiqah dengan menyembelih saekor kambing. Mereka begitu seronok untuk membantu Jamilah melahirkan anaknya. Tahir si gangster mencari Jamilah hingga ke rumah Yanto dan berlaku pertengkaran antara Parjo, Wan Dol dengan si Tahir. Tahir tak puas hati dia telah menghantar seorang penagih dadah untuk merisik maklumat tentang anaknya Jamilah.

Nora menghadapi masalah besar bila anaknya,Norma Hamima tiba-tiba muncul di rumah sewanya. Norma sudah pun mengetahui tentang pekerjaan ibunya kerana hal itu telah dihebohkan orang di Universiti tempat dia belajar. Berlaku pertengkaran antara Norma dengan Nora. Norma yang telah dimalukan oleh teman teman di Universitinya semacam mahu membalas dendam kepada Nora. Dia mengeluarkan kata-kata yang pedas sehingga mengguris hati Nora.

Bagaimanapun, perselisihan antara dua beranak itu telah berakhir dengan baik dan menggembirakan semua orang. Nora mahu berhenti kerja dan mengajak anaknya Norma tinggal bersama neneknya di kampung.

Pada malamnya Jamilah benar-benar mahu bersalin setelah beberapa kali tertahan. Malangnya, tiada sesiapa yang tinggal di rumah itu yang pernah menyambut atau melihat orang bersalin, kecuali Parjo. Narti yang tidak pernah melahirkan dan Salmi yang belum berumahtangga begitu cemas menghadapi kelahiran anak Jamilah. Mereka dibantu oleh Parjo yang melakonkan simulasi kelahiran tersebut dan membimbing Salmi menyambut kelahiran bayi tersebut dengan Narti sebagai orang tengahnya.

Keadaan menjadi sangat kecoh pada waktu kelahiran itu. Parjo dengan aksinya melakonkan simulasi seorang wanita yang akan melahirkan dan dibantu oleh teman temannya. Mereka akhirnya berjaya membantu Jamilah melahirkan anaknya dengan selamat.

Pagi esoknya Parjo dan teman temannya sedang sibuk bersedia menyembelih kambing untuk kenduri akikah. Mereka tiba-tiba diserang oleh Tahir bersama dua kaki pukul dan penagih dadah yang menjadi pengintip bagi pihak Tahir. Pergaduhan terjadi. Kali ini Parjo telah dibantu oleh teman-temannya yang lengkap bersenjata kerana mereka sedang melapah kambing. Bersama dengan bantuan kawan-kawannya Parjo telah dapat mengalahkan Tahir dan membawanya kemuka pengadilan.

Bukan Dejavu menampilkan satu kehidupan manusia yang biasa tetapi menampilkan tindakan dan reaksi yang sangat luarbiasa.Masaalah manusia tetap sama tanpa mengira status sosial mereka. Yang penting adalah bagaimana masaalah itu harus ditangani agar kehidupan manusia sentiasa didalam keberkatan dan redha.

Sesungguhnya kehidupan itu menaksir rasa, timbangrasa dan menghasilkan keredhaan bagi mereka yang memilih jalan yang wajar. Soalnya apakah jalan yang wajar itu dinilai dengan status yang sama oleh semua yang bernama manusia?Memang kehidupan ini adalah realiti dalam kefana’an yang membungkus wajahnya dengan seribu warna.
Kehidupan ini bukan sentiasa Dejavu.
















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net