Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-May-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Muhyiddin - Jangan Salahkan Tun Dr M

 
 
 
 
 
 
 
 
Kuala Lumpur 24 Mei, 2008. Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya tidak menuding jari dan menyalahkan Tun Dr Mahathir dan pentadbiran kerajaan yang lepas kerana membenarkan kes Pulau Batu Putih diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Beliau menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah keputusan sebulat suara kabinet dan merupakan keputusan bersama. Beliau menjawab persoalan wartawan dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis tertutup anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. "Majlis Taklimat Tataetika Ahli UMNO" yang dihadiri oleh kira2 70 orang ahli UMNO berjalan dalam suasana agak panas dengan seruan daripada hadirin supaya Kod Etika tersebut dimansuhkan untuk kebaikan ahli2 UMNO yang ingin menjadi calon.

Mengenai kes Batu Putih, Muhyiddin menyanggah pandangan bahawa keputusan ICJ tersebut merupakan "a win-win situation" kerana rakyat Johor kehilangan tanah sedangkan Singapore mendapat tanah yang bukan hak mereka. Macam mana ianya boleh disifatkan sebagai "win-win".

Menjawab soalan mengenai seruan dan gesaan Mukhriz Mahathir supaya Pak Lah melepaskan jawatan Presiden Parti dan jawatan Perdan Menteri, Muhyiddin berpandangan bahawa sesiapa pun berhak memberi pandangan mengenai apa yang mereka fikirkan betul atau salah dalam sistem demokrasi yang diamalkan parti UMNO. Sekiranya suara2 tersebut dipaksa senyap maka orang ramai akan berpendapat bahawa UMNO tidak demokratik dan semua ahli hanya Pak Turut , yes-man dan kaki bodek belaka.

Muhyiddin menegaskan bahawa beliau akan terus bersuara dan menegur dengan waras bila perlu tanpa terlebih emosi berlandaskan iman dan takwa.

Photobucket direct foto linkages at Muhyiddin - Jangan Salahkan Tun Dr M

Read HERE for forum comments.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net