Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 23-May-2008 11:00 Email | Share | Bookmark
Bantahan Penjaja Setapak

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kuala Lumpur 23 Mei, 2008. Kira kira 200 orang penjaja dan peniaga kecil dari kawasan Setapak telah melakukan perhimpunan bantahan di depan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini. Mereka membantah tindakan DBKL meroboh dan meranapkan gerai2 perniagaan mereka sedangkan perbincangan antara wakil rakyat mereka Wee Choo Keong maseh berjalan.

Mengikut kata Wee, pihak DBKL telah bersetuju pada asal nya untuk memberi tempoh dua minggu untuk peniaga2 kawasan yang terbabit untuk mencari alternatif lain. Namun pegawai DBKL yang menjadi PUNCA PERMASAALAHAN mereka, telah mengarahkan penguatkuasa DBKL merobohkan gerai2 tersebut sebelum penyelesaian dicapai.

Wakil Rakyat BA telah menunjukkan initiatif dan kepekaan mereka kepada permasaalahan setempat yang dihadapi para pengundi mereka.Dimanakah pemimpin UMNO semasa kemelut Kampong Berembang tahun lepas??? Semua menyepi dan menyisihkan penduduk kampong tersebut walhal penduduk Kampong Berembang merupakan penyokong kuat UMNO dari mula ianya diterokai.

Semasa saya membuat kunjungan ke kampong tersebut setelah ianya dinyahkan dari peta, saki baki pendudok yang maseh ada telah bersumpah tidak akan menyokong UMNO selagi mereka bernyawa dan akan berpesan kepada keturunan mereka untuk melakukan perkara yang sama.


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, M Saravanan dikerumuni wakil2 PKR dan pemberita

Wee Choo Keong bercakap kepada pemberita

Peniaga Setapak yang terlibat rata2 dari kaum Cina, tetapi penganjur telah membawa beberapa muka Melayu dari kawasan lain untuk mewarnai acara, salah seorang dari mereka yang lantang ialah Sdr Roselan bin Mat, Ketua Cawangan PKR, Kg Hj Abdullah Hukum. Beliau yang sebelum itu berkumpul di Dataran Merdeka bersama beberapa orang lagi dari cawangan beliau, telah menyerahkan memorandum kepada Shaari Jonid, pegawai khas Datuk Bandar di hadapan bangunan DBKL.

Aksi tunjuk garang depan kamera






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net