Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-May-2008 17:30 Email | Share | Bookmark
Mukhriz Mahathir - Sidang Akhbar

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Bilek Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Quote:

KENYATAAN MEDIA

UNTUK KELUARAN SEGERA


20 MEI 2008

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

AHLI PARLIMEN JERLUN

EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:

1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;

2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;

3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan

4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.

Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.

Sekian.


Photobucket direct foto linkages at MUKHRIZ KEKAL DALAM UMNO

Catatan ringkas:
1. Mukhriz tidak membincangkan keputusan beliau untuk kekal didalam UMNO dengan Tun Dr Mahathir.Beliau hanya berbincang mengenai keputusan Tun untuk meninggalkan UMNO.
2. Mukhriz percaya Tun sedikit sebanyak akan kecewa dengan keputusan beliau.
3. Seramai 3 anggota EXCO Pemuda turut serta di sidang akhbar petang tadi bersama ketua ketua Bahagian Pemuda seluruh negara.
4. Mukhriz menegaskan bahawa beliau berhak merombak keputusan beliau dari masa kesama mengikut kesusuaian dan mengikut perkembangan seterusnya yang bakal berlaku. Beliau memberi tempuh sehingga sebelum mesyuarat UMNO Cawangan bermula Julai depan untuk Abdullah meletakkan jawatan.
5. Beliau akan berbincang dengan ahli2 UMNO kawasan Jerlun dalam masa terdekat dan akan menerangkan kepada mereka asas keputusan yang beliau ambil.







Bergema laungan "PAK LAH UNDUR, PAK LAH UNDUR, PAK LAH UNDUR"






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net