Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Mar-2008 15:30 Email | Share | Bookmark
Perhimpunan Aman Melayu Selangor

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Dataran Shah Alam

Sebelum berlangsung nya perhimpunan ada satu seruan menarik yang saya petik dari mykmu.net. Renung2 kan lah

Quote:

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)

Cukuplah dulu wahai Pemuda UMNO Selangor. Hentikanlah usaha mengadakan demontrasi dan sebagainya.

Jadilah orang yang bijaksana, biarkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat memerintah terlebih dahulu. Biar mereka buat silap. Jika kita belum apa-apa sudah bertegang leher dan berdemontrasi, adakah rakyat akan bersama kita?

Enam bulan dari sekarang mereka akan gagal melaksanakan manifesto mereka. Pada waktu tersebut barulah kita ada asas untuk berdemontrasi.

Orang berdemontrasi, kita pun hendak berdemontrasi, apa yang mahu kita perjuangkan jika kerajaan negeri belum laksanakan agenda mereka?

Mereka mahu lantik jadi Timbalan Menteri Besar? Biarkan. Biar orang Melayu merasa apa yang terjadi. Mereka mahu jual rumah exco, biar rakyat benci mereka.

Biarkan mereka buat sesuka hati. Kerana bila ia sudah berlaku, tidak boleh diubah lagi. Kalau kita berdemontrasi sebelum berlaku, untunglah mereka.

Apa perlu kita berdemontrasi sehingga menyebabkan mereka berhati-hati dan menutup segala kesilapan?


Perhimpunan petang tadi telah di anjur oleh beberapa persatuan Melayu Selangor dan telah disertai oleh kira2 1,000 orang peserta. Perhimpunan selama sejam tersebut berjalan secara aman dan diselitkan dengan ucapan oleh beberapa pemimpin persatuan yang terlibat.

Sultan Selangor telah berkenan dan mengutuskan Setiausaha Peribadi baginda, Mohd Munir Bani untuk menerima memorandum dari wakil peserta perhimpunan, Shukur Idrus.

Berikut adalah enam perkara didalam memorandum tersebut:-

1. mendesak MB supaya tidak engkar titah perintah Sultan Selangor yang tidak memberi perkenan pengwujudan jawatan timbalan MB.

2. menolak sekeras kerasnya perlantikan mana2 rakyat bukan Melayu sebagai timbalan MB.

3. mengekalkan komposisi keanggotaan ahli2 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri SElangor, 60% Melayu dan 40% bukan Melayu.

4. menyelar kebiadaban Lim Kit Siang terhadap Sultan Selangor.

5. mengutuk sekeras kerasnya penghapusan DEB

6. kecewa dengan sikap PKR dan PAS yang tunduk kepada kemahuan DAP yang jelas menunjukkan bahawa MB Selangor yang baru ini adalah boneka DAP.

Perhimpunan terhenti setelah hujan turun dengan lebat nya kira2 jam 4.30 ptg.

Pautan forum
1. http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15931&postdays=0&postorder=asc&start=0
2. http://forum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=339655&extra=page%3D1




















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net