Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Mar-2008 20:30 Email | Share | Bookmark
PKR - Jamuan Meraikan Kejayaan PRU 12

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kediaman Sdr Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur

Jamuan diadakan bagi meraikan semua calun2 PKR yang telah memenangi PRU 12. Namun tak ramai ahli parlimen dan wakil rakyat baru PKR yang dapat hadir. Izzah sendiri pun tidak dapat hadir untuk bersama kedua dua orang tua nya melayani tetamu yang datang. Azmin juga tidak kelihatan. Yang ada memperkenalkan diri iaah Sdr Gobalakrishnan, wakil PKR semasa gerakan Hindraff di Batu Caves.



Wan Azizah dalam ucapan nya juga telah menggunakan modal Sivaji The Boss yang sering digunakan DSAI dalam ucapan kempen pilihanraya beliau. Wan Azizah juga meminta orang Melayu Pulau Pinang untuk memberi peluang kepada Lim Guan Eng mentadbir negeri Pulau Pinang kerana kerajaan BN telah mendapat peluang yang secukup nya. Beliau juga mengingatkan hadirin bahawa Lim Guan Eng telah membela seorang Melayu yang telah dianiayai seorang Melayu yang lain dan dalam process tersebut telah mengakibatkan beliau pula yang dipenjara.



Gus Dur pula antara lain telah membicara mengenai kelemahan pentadbiran Pak Lah yang di pengaruhi oleh anak menantunya, penggunaan Internal Security Act (ISA) oleh Tun Dr Mahathir, sistem dan cara penerapan nilai islam oleh parti2 Islam di Malaysia dan Indonesia serta pengenalan dan latar belakang Nahdatul Ulamak.




DSAI meminta penyokong BA untuk bersabar buat sekita sementara menunggu "some cross overs" oleh ahli2 parlimen parti komponen BN dalam masa terdekat. Pada sebelah siang semasa sidang akhbar di pejabat Menteri Besar Selangor, DSAI telah mengesahkan berikut:
Quote:
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar, dengan menambah beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan dibayar.

"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net