Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Feb-2008 21:30 Email | Share | Bookmark
Blogger Zaharin Mohd Yassin Berkempen Untuk PKR

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kampong Batang Nyamor, Gadong, Kota, Negeri Sembilan

Setelah gagal mengikuti rombongan kempen Dato Aziz Samsuddin, calon Parlimen Shah Alam, pada sebelah siang, masa yang terluang sebelah malam telah saya gunakan bersama seorang rakan untuk mengikuti perkembangan di Rembau. Nasib baik sdr Zaharin berjaya dihubungi untuk memdapat pandu arah ketempat ceramah beliau.

Kampong Batang Nyamor terletak berdekatan PLKN kawasan Bongek dan dikhabarkan rumah keluarga KJ sebelah bapanya terletak disitu. Orang kampong yang hadhir dianggarkan 200 orang kesemuanya.

Ceramah umum anjuran BA menampilkan tiga penceramah:-

1. Chegubard calon PKR untuk Parlimen Rembau
2. Azhar Ibrahim, orang Bongek, calon PAS untuk ADUN dalam Parlimen Rembau
3. Zaharin Mohd Yassin bekas (Blogger/ex S.U Umno Bahagian)

Pautan Forum
1. http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=334425&extra=page%3D1&frombbs=1&sercari=8
2. http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15489


Muda dan berkarisma... tapi malam tadi tak banyak isu dibawa kecuali asal usul KJ dan keturunan beliau. Beliau memberi laluan untuk Zaharin berucap panjang.

Calon PAS kurang kebolehan berceramah, gemuruh, 'blank' dan terkebel kebel banyak kali. Dia tak bawa isu apa2 selain memperkenalkan diri saja. Itu pun mengelabah Susah PAS dan penaja cam nih.

Akhir sekali Zaharin punya peluang untuk berkongsi rahsia UMNO yang dikendung bersama nya. 35 tahun punya pengalaman sudah tentulah banyak benda yang nak dimuntahkan. Dimulakan dengan pengenalan diri, yang asal nya jugak dari N9. Ia nya sebagai 'ice-breaker' untuk menarik perhatian yang hadir. Setelah menyakinkan penonton yang dia pun orang N9 maka serangan keatas KJ pun bermula Asal usul keturunan KJ dipersoalkan, diikuti dengan isu kerajaan tiga beranak, kelemahan pentadbiran Pak Lah, pengaruh KJ keatas Pak Lah, dan isu SCOMI mendapatkan kontrak2 besar kerajaan.

Kalau nak tengok cara bercakap, Zaharin lagi menonjol berbanding calon2 yang ada kat majlis tersebut. Pakcik yang ada kat situ bisik "Mulut dio bosar bonar... tapi citor dalam banyak kuar... ganeh bonar dia bercoramah"

Pembangkang yang kuat saja yang dapat menekan kerajaan untuk deliver apa yang pengundi tuntut. Orang Melayu rugi pasal sokong UMNO saja. Orang Cina dapat apa yang dia orang nak Melalui MCA... disebabkan tekanan kuat yang dibuat DAP.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net