Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Jan-2008 16:00 Email | Share | Bookmark
Pelancaran XPDC Rock Union

 
 
 
 
 
 
Venue : Hard Rock Cafe

Quote:
XPDC kembali bergabung

Menyebut nama XPDC, tidak sah jika tidak dikaitkan dengan nama JS Kevin atau nama sebenarnya Zul Adnan Mohd Razali yang mempelopori muzik Heavy Metal. Jikalau Allahyarham JS Kevin masih hidup, saat ini pasti menggembirakannya tatkala melihat anak didiknya kembali bersatu meneruskan perjuangan yang dicetuskannya.

Sebelum ini, Allahyarham pernah meluahkan kegusaran melihat anggota XPDC silih berganti dan tergelincir daripada landasan yang diserapkannya, kerana itu Allahyarham berusaha menyatukan mereka sehingga ke akhir hayatnya.

Akhirnya selepas lima tahun pemergiannya dan selepas 10 tahun XPDC asal mula berpecah mereka mula rujuk kembali. Ketika hayatnya, Allahyarham seolah-olah dapat merasai satu hari nanti anak didiknya akan bergabung kembali, kerana itulah dia meninggalkan beberapa lagu khusus untuk XPDC.

Kumpulan XPDC yang ditubuhkan pada 1990 kini dianggotai Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael/vokalis), Azuar Md Tasi (Zuar/bass), Suhaimi Abu Bakar (Amy/dram) dan Zulkifly Nik Hussin (Izo/gitar). Mereka pernah menghasilkan empat album dan yang terakhir ialah Brutal yang mencatat jualan melebihi 350,000 unit.

Untuk album terbaru ini, XPDC Rock Union, dua lagu dan lirik ciptaan Allahyarham JS Kevin dimuatkan iaitu Curahan Rasa dan Menentang Arus. Walaupun pernah berkrisis dan bernaung dengan syarikat rakaman berbeza, ia tidak menghalang mereka untuk muncul dengan projek khas demi peminat.

Tiga anggotanya, Izo, Zuar dan Amy terikat dengan Life Records, manakala Mael masih mempunyai kontrak dengan EMI Malaysia. Namun, hasil kata sepakat dan perkongsian pintar, mereka bakal muncul dengan beberapa kolaborasi baru membabitkan dua syarikat rakaman menggunakan nama XPDC.

Kata Zuar, buat permulaan, album Rock Union akan diedarkan EMI, manakala album penuh selepas ini edaran Life Records sebelum digilirkan semula kepada EMI dan Life Records.

“Mengikut kontrak, kami akan menghasilkan dua album bersama EMI dan dua album bersama Life Records selama empat tahun.

“Penggabungan semula anggota XPDC yang asal begitu bermakna bagi kami kerana tidak pernah terlintas sedikit pun untuk bersatu sebelum ini. Kehadiran kami ini boleh diibaratkan sebagai sireh pulang ke gagang.

“Sebenarnya kami sudah dua tahun bergabung dengan mengadakan persembahan di serata tanah air termasuklah di ekspo kecil sehingga digelar Raja Fun Fair. Kami tidak kisah dengan gelaran itu kerana ia membuktikan kami masih punya peminat daripada pelbagai peringkat usia di serata tempat.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net