Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Dec-2007 11:30 Email | Share | Bookmark
BERSIH at Parliament House

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dari apa yang saya lihat :

Walaupun dengan Perintah Menghalang dari Mahkamah, sekumpulan penggiat BERSIH maseh meneruskan niat mereka untuk menyampaikan memorandum membantah usaha kerajaan untuk menyambung khidmat Pengerusi SPR.

Polis walau bagaimanapun telah bersedia dari awal lagi untuk membendung usaha BERSIH dengan membuat sekatan dan penahanan mereka2 yang dipercayai menjadi penggerak gerakkan tersebut. Pagi ini Tian Chua (PKR) telah ditahan dan dibawa ke IPK setelah beliau cuba untuk memandu terus kedalam kawasan Parlimen.

Tidak lama kemudian Tan Sri Khalid (PKR) yang singgah untuk meninjau juga telah ditahan dan dibawa ke IPK setelah beliau berlengah lengah dengan memberi kenyataan kepada para pemberita.

'Acara' pagi ini lebih didominasikan oleh para wartawan dan jurugambar yang dianggarkan seramai 50 orang, manakala Polis tugasan am seramai 50 orang menjaga jalan menuju ke Parlimen. Pihak FRU pula bersiap sedia di kawasan letak kereta Bukit Aman untuk sebarang kemungkinan. Di fahamkan seramai 50 orang aktivis yang cuba bergerak ke parlimen telah bersurai secara aman setelah diarah Polis yang berkawal di sekitar kawasan Bank Negara.

Lagi berita boleh diperolehi di
1. http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/tangkapan-ketua-muslimat-yakin-rakyat-akan-bangkit.html
2. http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=301750

Persimpangan jalan menuju Parlimen

Kawalan Polis

Wan Azizah tiba untuk menghadiri sessi Parlimen

Khalid Ibrahim kelihatan riang melayan pertanyaan dari wartawan...

... sehingga terbawa bawa walaupun diarahkan meninggalkan kawasan tersebut

akhirnya dia pun kena cekup

Hari yang amat membosankan bagi para wartawan dan jurufoto yang bertugas



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net