Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Dec-2007 15:00 Email | Share | Bookmark
CT Nurhaliza - Pelancaran Hadiah Daripada Hati

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Ballroom 1, Legend Hotel, Kuala Lumpur

Press release
Quote:
ALBUM TRBARU DATO’ SITI NURHALIZA “HADIAH DARIPADA HATI”

HADIAH DARIPADA HATI dipilih sebagai judul album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza kerana kemunculan album ini adalah sesuatu yang mahu dikongsi dan dihadiahkan kepada peminatnya yang tidak pernah jemu memberi sokongan.

Album ini merupakan album solo Siti yang ke 12 selepas album Transkripsi yang diedarkan pada tahun lalu. Sebagai salah seorang penerbit album, Siti berusaha keras bagi menghasilkan satu produk yang terbaik dan mempunyai kualiti tersendiri dalam segenap segi.

Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd dan diedarkan oleah Suria Records ini adalah album berkonsep pop yang memuatkan lagu-lagu pelbagai rentak sesuai dengan citarasa peminat beliau yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Siti mengambilkira selera semua peminatnya lantaran itu jenis muzik, cara nyanyian dan lagu yang dipersembahkan dalam album kali ini dijangka menepati kehendak peminat-peminatnya.

Album kali ini menggabungkan komposer dan penulis lirik yang pernah bekerjasama dengan Siti dan juga yang baru pertama kali menyumbangkan karya mereka. Gabungan lama dan baru ini dilihat sebagai satu kerjasama yang baik memandangkan peminat muzik dewasa ini mempunyai citarasa yang berbeza-beza.

Siti masih mengekalkan kerjasama dengan komposer Malaysia dan Indonesia malah Dick Lee, seorang komposer hebat dari Singapura juga menyumbangkan lagu dalam album kali ini. Manakala penerbit album yang terlibat ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin dan Sharon Paul.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Ku Mahu (Audi Mok/Rina Khan), Melawan Kesepian (Pongky Barata/Pongky Barata), Mulanya Cinta (Dick Lee/Adlin Aman Ramli), Tanpa Kalian (Taufik/Taufik/Dato’ Siti Nurhaliza), Biarkan (Azlan Abu Hassan/Azalea) dan Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu/Cynthia Lamusu).

Lain-lain lagu ialah Hati ( Sharon Paul/Shuhaimi Baba), Wanita (Muhammad Fahmi Rizal/Shanty Ramadani/Dato’ Siti Nurhaliza), Cintamu (Sharon Paul/FedtriYahya), Sutramaya (Aubrey Suwito/Tinta S) dan Sekian Lama (Azlan Abu Hassan/Azalea).

Pada majlis pelancaran album hari ini juga, Siti turut melancarkan ‘short code’ (kod ringkas) untuk muat turun menerusi syarikatnya SN Mobile Digital Sdn.Bhd. iaitu 33777. Syarikatt yang beroperasi setahun lalu aktif dalam perniagaan digital dalam peminat-peminat Siti juga berpeluang menikmati banyak bahan menarik yang boleh dimuat turun seperti lagu, nada dering, gambar berwarna, muzik video, aktiviti, madah Siti, rahsia Siti, diari Siti dan juga pertanyaan interaktif menerusi sms.

Melalui album baru ini juga, peminat-peminat Siti boleh mendapatkan banyak bahan baru dengan mendail SN dan hantar ke 33777.


Forum links
1. http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=319358&extra=page%3D1&sercari=10









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net