Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Nov-2007 00:30 Email | Share | Bookmark
Hindraf - Kekecohan di Batu Caves

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nota :

1. Malam ini penganut agama Hindu mengadakan sembahyang menyambut bulan penuh (setiap bulan) dan juga sembahyang pelita (setahun sekali).

2. Upacara sembahyang terbahagi dua, yang pertama bermula senja dan habis jam 10 malam dan mereka seterusnya akan bermeditasi sehingga menjelang subuh untuk sessi kedua. Sepanjang proses meditasi mereka tidak dibenarkan tidor bagi membolehkan dosa2 mereka sepanjang tahun diampunkan. Jika tertidor maka terbatal upacara dan mereka harus melakukan nya pada tahun berikutnya.

3. Pihak polis telah menghalau semua mereka yang berada dalam kuil Batu Caves keluar dari kuil pada jam 10 malam selepas habis sessi pertama. Mereka yang tak berpuas hati berlegar diperkarangan pintu masuk ke kuil.

4. Sdr Gobala Krishnan dan Sdr Kallai kedua dua nya dari Part Keadilan telah bertindak sebagai kepala dalam usaha mereka merayu untuk dibenarkan upacara sembahyang sessi kedua diteruskan.

5. Pada jam 1.20 pagi pintu kecil ke kuil telah dibuka dan mereka yang hendak bersembahyang disuruh masuk ke dalam kuil oleh pihak polis dan tidak dibenarkan sesiapa diantara mereka berlegar diluar kuil.

6. Pihak Polis telah bertindak secara diplomasi walaupun didesak dengan keras oleh Gobala Krishnan dan Kalai.


7. Pada jam 4.45 pagi saya telah terima SMS bahawa molotof koktail telah berterbangan dari dalam kawasan kuil mengarah kepasukan polis yang berkawal diluar. Seorang anggota polis telah cedera teruk dikepala terkena lemparan batu dan dua buah kereta proton pecah cermin, juga terkena lemparan batu manakala sebuah lori pula terbakar.

Gambar Ghandi digunakan sibagai Ikon demokrasi dan kebebasan

Mereka suka bergambar

ASP Balan (FRU) dalam dilema apabila dipanggil India yang tak tahu adat

Sdr Gobalakrishnan hampir bertengkar dengan Tuan Karim (IPD Selayang)

Sdr Kalai melakukan "ikrar" ala rukun negara... mulut dia dah pun berbau tuak

Kedua dua sami kuil Batu Caves ni cakap kalau tak bleh masuk, "ini hari kira off day bagi kita orang laa"








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net