Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-Nov-2007 14:30 Email | Share | Bookmark
Perarakan BERSIH

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Masjid Negara to Istana Negara

Kebanyakkan jalan menuju pusat ibukota telah pun ditutup sejak tengah hari lagi. Hujan lebat mulai turun dibeberapa tempat disekitar Kuala Lumpur terutamanya di sebelah Taman Tasik Titiwangsa. Selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri IJN, saya telah bergegas menuju ke Masjid Negara melalui Bukit Aman dan telah dibenarkan oleh pegawai Polis yang bertugas untuk meletakkan kereta diperkarangan masjid.

Ketika sampai, perkarangan masjid yang menghadap British Council telah pun penuh sesak dengan peserta2 perarakan BERSIH. 10 minit kemudian hujan turun dengan lebat, namun kebanyakkan mereka tidak berganjak dari tempat mereka berdiri.

Saya menyertai perarakan perserta yang datang dari arah Dataran Merdeka bersama mereka2 yang berada di Masjid Negara menuju ke Istana Negara melalui Jalan Kampong Atap. Seorang ASP Polis (FRU) yang bertugas telah memberitahu pegawai atasannya melalui walkie talkie bahawa 38,000 orang telah berada di depan pasukan beliau. Ketika itu saya berada didepan sekali dan orang ramai baru saja tiba.

Kumpulan jurufoto yang sampai awal telah memanjat jejantas penanda jalan didepan Istana Negara untuk mendapat sudut yang jelas. Setengah jam kemudian Anwar Ibrahim tiba dengan menaiki motosikal. Beliau telah menyertai Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Khalid Ibrahim yang sedia menunggu untuk menyampai memorandum ke pihak Istana. Proses tersebut berjalan lancar dan selesai dalam tempoh 15 minit.

Kami perhatikan bahawa pasukan Amal yang ditugaskan mengawal keselamatan telah menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Mereka telah ditugaskan untuk mengelak dan menghalang pengacau dari membuat huru hara.

Pihak Polis telah memberi tempoh 5 minit untuk peserta bersurai setelah memorandum diserahkan. Anwar kelihatan memarahi Polis sebagaimana biasa, namun beliau telah meminta pengikut beliau akur dan bersurai. Jadi tiada apa lah kejadian "special" untuk kami rakam kan.

Setelah kami jurufoto turun dari jejantas, saya sempat bertanya dengan beberapa orang Pegawai Polis yang bertugas, mereka anggarkan kan seramai 50,000 telah menghadirkan diri didepan pasukan mereka. Nasib baik tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Malam tadi dikaca TV telah dipaparkan kejadian semburan air FRU di sekitar Dataran Merdeka. Dari beberapa sumber yang berada di tempat kejadian, saya difahamkan bahawa itu cuma "sandiwara" kerajaan untuk tdak mengaibkan Pak Lah. Semata mata nak menunjukkan bahawa apa yang beliau kata benar2 berlaku

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40.

41.

42.

43.

44.

45.

46.

47.

48.

49.

50.

51.

52.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net