Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-Oct-2007 12:00 Email | Share | Bookmark
Shopping Raya

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tahun ni saya membuat keputusan untuk tidak menempah baju Melayu baru kerana dah ada tujuh pasang yang teramat jarang dipakai. Jadi tahun ini saya pakai saja lah baju2 lama yang hanya dipakai sekali dua setahun itu.

Anak lelalki saya bagaimanapun menggemari baju Melayu... sampaikan tidor pun pakai baju Melayu... poyo betul kan? Sebagaimana tahun2 sebelumnya tempahan baju dibuat di Maza Tailor, Wisma Yakin. Hasil kerja mereka amat memuaskan dan harga pula berpatutan. At least they can deliver the goods on time, year after year.

Nak pergi mengambil baju di Wisma Yakin, Jalan Masjid India pada hari Sabtu menjelang Raya merupakan satu pengalaman yang menyeksakan. Jalan sesak dari permulaan Jalan Tuanku Abdul Rahman lagi. Kawasan Chow Kit sesak teramat, bila sampai ke persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan TAR saya membuat keputusan meletak kereta di Konpleks Maju Junction kerana kereta dah 'literally' melekat, tak bergerak dari traffic light maju junction hingga lah ke Pertama Kompleks.

Selepas meletak kereta maka berjalan kaki lah kami menuju ke Wisma Yakin meredah lautan manusia yang berpusu pusu mencari barangan keperluan masing2.

Terserempak pula kami dengan Acot, anak kakak ipar saya yang sedang berniaga immitation jeans yang dibawa masuk dari Hong Kong. Sekarang ini kualiti barangan tiruan begitu bagus sehinggakan nak membezakan antara tiruan dan 'ori' pun sukar

Keadaan sesak dilorong belakang Jalan TAR

Rasa2 nya saya kenal dengan lelaki berbaju biru ini... kat mana pernah jumpa ekk?


Elok saja gambar lelaki diatas saya rakam, satu SMS telah diterima dari Dato' Mukhriz
"Bro, ada foto Loaf dalam website U?"
Saya pun telefon Dato Mukhriz, tapi panggilan tidak berjawab. Tiga minit kemudian satu lagi SMS diterima
"Sorry I dgn Tun. Dia nak tengok gambar Loaf, Pavillion"
Saya jawab
"Yes they are all there. Kirim salam pada Tuns dari kami sekeluarga"

Keadaan sesak di Jalan Masjid India. Hujan lebat mencurah curah 10 minits selepas rakaman dibuat.

Pekerja di Maza Tailor

Aksi anak saya 'Junior Shooter' semasa merakam gambar seterusnya


Bayaran zakat fitrah di buat semasa singgah di Maju Junction... takut terlupa pulak nanti



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net