Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Sep-2007 09:30 Email | Share | Bookmark
Rakyat Myanmar Protes Kekejaman Junta

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Satu bantahan secara aman telah dilakukan oleh rakyat Myanmar yang bekerja di Malaysia. Mereka membantah kekejaman oleh junta tentera yang telah bertindak kejam keatas para sami Buddha yang menggerakkan gerakan menuntut demokrasi di Yangoon. Setakat kini secara rasmi 13 orang yang kebanyakkan nya sami Buddha telah dibunuh oleh junta tentera. Mengikut anggaran anggota Polis Cawangan Khas, kira2 3,000 ke 4,000 orang telah menyertai bantahan tersebut yang juga mendapat sokongan dari NGO di Malaysia. Bantahan tersebut dilakukan serentak diserata dunia.

Kumpulan utama berkumpul dan berarak dari stesyen LRT Ampang Park

Wakil golongan Rohingya yang ditindas teruk oleh junta tentera pun turut serta

Yang berpakaian tradisional Myanmar adalah ahli parti National League for Democracy yang dipimpin oleh Aung Sang Suu Kyi. Parti ini telah mendaftarkan NLD (A) Malaysia dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk membolehkan mereka bergerak sebagai sebuah badan / pertubuhan.

Perundingan diantara wakil rakyat Myanmar dengan ASP Sabri untuk mendapat kebenaran berkumpul didepan Kedutaan Myanmar. Kebenaran diberi cuma untuk 15 minit tapi akhir nya ia berlansung sehingga hampir sejam.

Untuk mengelak dari gangguan luar yang boleh menyebabkan huru hara , penganjur mengesyorkan mereka yang datang supaya datang secara kumpulan yang yang mereka kenali antara sama lain. Mereka juga diminta berjalan berpegangan tangan supaya 'orang luar' tak boleh masuk.... bijak jugak

Bertafakur seminit untuk sami yang terkorban

Menyanyi lagu Buddha yang biasa di lakukan di Biara2

Laungan Demokrasi!

Selepas kedutaan Myanmar, mereka berarak pula ke kedutaan Cina. Cina merupakan rakan dagang terbesar dan penyokong kuat junta tentera Myanmar. Cina sehingga kini maseh enggan tunduk kepada saranan masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan dalam membendung keganasan oelh pihak tentera Myanmar



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net