Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Sep-2007 21:00 Email | Share | Bookmark
Siri Bicara Melayu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Dewan Besar, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Penceramah utama : Tan Sri Sanusi Junid

Artikel dari http://bigdogdotcom.wordpress.com/
Quote:
Melayu perlu berani dan cekal

“Melayu perlu berani dan cekal, agar kesinambungan Perjuangan Bangsa diteruskan”, merupakan inti pati syarahan mantan Menteri Pertanian dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dalam sessi “Siri Bicara Melayu” anjuran Majlis Tindakan Pemikir (MANTAP), yang diadakan di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau menekankan pentingnya Bangsa Melayu hari ini terus berani, agar mereka terus mara kehadapan dan dipandang sebagai golongan manusia yang dihormati dan segani. “Keberanian” yang dipaparkan bersekitar pengalaman beliau dalam pentadbiran Kerajaan selama 21 tahun, terutama dalam Kabinet Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Tan Sri Sanusi menghurai dan menegaskan “Keberanian” Dr. Mahathir ditunjukan dari pelbagai perspektif dan dimensi. Dr. Mahathir ‘berani’ membuat keputusan strategik seperti mengorak langkah agar Negara menjurus kepada membina kepakaran dan kemampuan kearah sebuah negara maju, menjelang tahun 2020. Dr. Mahathir juga ‘berani’ bersuara dan lantang mengutarakan isu isu tertentu seperti Palestin, Bosnia, masalah pembangunan dunia ketiga dan Iraq dipersada politik antarabangsa, walaupun dilihat begitu tidak popular dan bercanggah dengan pendapat Barat. Dr. Mahathir juga ‘berani’ membuat dasar dasar ‘berfikir diluar kotak’ seperti “Pandang ke Timur” dan “Kerjasama Selatan-Selatan”.

Tan Sri Sanusi, kini Presiden UIA menjelaskan bahawa bangsa bangsa Asia yang berjaya seperti Jepun, Korea dan Taiwan mempunyai ciri ciri jelas berasaskan prinsip prinsip

1.Berani
2.Amanah
3.Disiplin
4.Rajin
5.Setia

Inilah prinsip prinsip yang diamalkan oleh idealism Bushido, yang dipelupuri oleh Samurai, semasa Maharaja Meiji memulakan langkah drastik pemodenan bangsa Jepun pada 1868. Prinsip prinsip ini juga ciri utama idealism Hwara yang dipraktikan oleh orang orang Korea dan Jin Sheng, oleh orang orang Taiwan.

Beliau juga mengimbau dimana Presiden Park Chung-Hee dari Korea Selatan telah datang keKuala Lumpur pada tahun 1970 dan dibawa oleh Tun Razak ke MAGERAN, untuk taklimat khas pembangunan. Didalam bilik utama MAGERAN itu tertulis ayat yang bermaksud “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri”. Dengan mepelajari maksud mendalam ayat dari Al Quran ini, Park menjadikan ianya teras utama prinsip agar Korea dibangunkan.

Tan Sri Sanusi juga mengutarakan bahawa pembangunan Bangsa Melayu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ciri ciri bangsa itu diabaikan sama sekali dalam proses pembangunan itu. Keperibadian bangsa adalah komponen amat penting agar jatidiri bangsa itu sentiasa utuh dan satu bangsa yang bermaruah akan terbina.

Menurut beliau lagi, Bangsa Melayu adalah bangsa terpilih kerana mereka mampu berfikir dan menjadi para ilmuan/intelektual bertaraf global, mempunyai rupa paras yang menarik, berani, beriman dan dikurniakan tempat yang begitu selesa sebagai tanahair iaitu Nusantara.

Sebagai seorang yang begitu banyak menghabiskan sumber kedalam buku, Tan Sri Sanusi menjelaskan bahawa Bangsa Melayu ini berjaya menafikan falsafah yang diutarakan pemikir unggul Greek, Aristotle dimana “sesebuah bangsa tidak akan mampu mempunyai kekuatan politik tanpa menguasai kekuatan ekonomi’. Tegas Tan Sri Sanusi, “Bangsa Melayu berjaya menafikan Aristotle kerana berjaya menguasai politik selama 50 tahun ini tanpa menguasai ekonomi”. Ini menimbulkan reaksi ketawa dari 100 orang yang hadir dimajlis tersebut, yang terdiri dari pelbagai NGO dan golongan masyarakat.

Syarahan ini digulung dengan pesanan bahawa Bangsa Melayu hari ini perlu berani menyatakan yang hak, untuk menentukan kesinambungan proses pembangunan bangsa itu berterusan.





Sdr Darmal NS pun turut hadir

Team Prowaris

Dato Zahidi pun ada sama

Tan Sri Sanusi Junid

Zaharin a.k.a Sang Kelembai




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net