Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Sep-2007 21:30 Email | Share | Bookmark
Konsert Gemilang Merdeka

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Apa dah jadi? Konsert yang menjangkakan penonton sekurang kurang nya 10,000 orang hanya dihadiri oleh lebih kurang 1,000 orang sahaja. Enam band membuat persembahan, nama terbesar ialah Lefthanded dan Rusty Blade.

Hujan disekitar Kuala Lumpur yang bermula dari jam 4 ptg mungkin menjadi salah satu faktor penyebab kepada kurang nya sambutan orang ramai. Namun beberapa kepincangan telah dapat di kenal pasti secara sekali pandang. Yang pertama kurang nya publisiti, di sekitar kawasan Bukit Jallil pun tidak kelihatan banting atau posters yang meghebahkan konsert tersebut. Yang kedua kekeliruan mengenai venue konsert. Tempat asal yang disebutkan dalam akhbar tempatan ialah Stadium Nasional, tapi tempat sebenarnya alah Stadium Putra.

Kerana memikirkan acara diadakan di stadium terbuka, saya hanya bertolak menuju ke Bukit Jalil pada jam 9 malam setelah hujan reda sikit dan sampai di Stadium Putra lebih kurang setengah jam kemudiannya. Tumpuan saya hanyalah kepada Lefthanded dan Rusty Blade, dua kumpulan berusia lebih 20 tahun dan merupakan yang terunggul pada era masing2.

Persembahan kedua dua kumpulan takpayah dipertikaikan... memang mantap dengan lagu2 evergreen mereka. Penonton yang datang ada yang belum lahir pada zaman kegemilangan Lefthanded dan Rusty Blade, namun penghayatan mereka amat membanggakan. Ada yang datang dari Singapura untuk memberi sokongan kepada Rusty Blade yang kali terakhr muncul secara live di Malaysia 20 tahun dahulu.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net