Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 25-Aug-2007 15:30 Email | Share | Bookmark
Konsert Mila AF5 and Frens

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Planet Hollywood

Quote:
Harian Metro 24-8-07 . TIDAK sampai ‘setahun jagung’ bergelar anak seni, Norsyarmilla Jirin atau Mila bersyukur dan gembira kerana diberi kepercayaan menjayakan persembahan di Planet Hollywood, jam 3 petang ini.

Persembahan istimewa bersama Mila & Friends itu, turut menampilkan bintang AF lain iaitu Sahri Mohd Sarip atau Sahri dari AF1, Marsha Milan Londoh (Marsha, AF3) dan Faizal Ramli (Faizal, juara AF4).

Tidak ketinggalan, penampilan Candra Clement (Candy) dan Ebi Kornelis @ Firdaus Yimal, (Ebi) dari AF5. Tidak berseorangan, membuatkan Mila bertekad membuat persembahan terbaik.

Mila berkata dia sesekali tidak pernah menyangka meraih peluang secepat itu. Katanya, semua itu rezeki daripada Tuhan dan dia amat bersyukur. Malah, menerima dengan hati terbuka.

“Selama ini, saya hanya menyimpan impian. Melihat penyanyi hebat seperti Sheila Majid, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar beraksi di Planet Hollywood, saya juga teringin.

“Malah, saya ada terfikir menjayakannya bersama semua bintang AF5. Tapi, selepas berbincang dengan syarikat pengurusan Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro), saya akur.

“Sahri dan Faizal akan keluar dengan album baru. Marsha pula sibuk dengan produk Nivea. Mereka bertiga ada benda baru. Jadi, ini membantu promosi mereka,” katanya.

Mila berkata walaupun dia, Candy dan Ebi masih tiada album tapi sekurang-kurangnya penampilan mereka akan mengubat rindu peminat AF5 yang menyokong selama ini..........


Pautan berita: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Rap/20070825103407/Article/index_html

















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net