Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Aug-2007 21:00 Email | Share | Bookmark
Ungu Live in Kuala Lumpur

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Ruums, Life Centre Kuala Lumpur

Band jemputan : New Boys & Sofas

Quote:
Persembahan Ungu luar biasa (Berita Harian 16/8/07)
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

"LUAR BIASA!". Acap kali perkataan itu keluar daripada mulut penyanyi utama kumpulan Ungu, Pasha, ketika dia dan empat lagi rakan sekumpulan tampil mengadakan persembahan di The Ruums, Life Centre, Kuala Lumpur, sempena pelancaran album terbaru Ungu, Untukmu Selamanya.

Ungkapan itu ditujukan Pasha buat peminat yang memenuhi kelab berkenaan, yang sanggup berpanas dan berhimpit demi menyaksikan lima anak muda dari Indonesia ini beraksi secara langsung, mendendangkan banyak lagu popular petikan empat album mereka setakat ini. Sememangnya, semangat yang ditunjukkan kedua-dua pihak, peminat dan Ungu sendiri, boleh dianggap luar biasa pada malam berkenaan.

Vokalis Ungu itu jelas sekali terharu apabila peminat kumpulan berkenaan tidak henti-henti memberikan sokongan sepanjang persembahan, 9 Ogos lalu (keesokannya, mereka melancarkan album di Singapura, diikuti Hong Kong pada 12 Ogos dan Indonesia, 15 Ogos). Namun, tanpa kepintaran kumpulan itu sendiri, belum tentu momentum keseronokan mereka mampu dikekalkan sepanjang hampir lebih sejam persembahan berjalan.

Mereka bijak menyusun lagu bagi membangkitkan keghairahan berpanjangan di kalangan penonton. Bermula dengan irama segar petikan album terdahulu, Tak Perlu dan Karena Dia Kamu, kumpulan ini mengajak peminat melompat sama tatkala muzik bingit mainan mereka menghangatkan suasana.

Kemudian kumpulan ini meredakan keadaan dengan menyanyikan lagu lebih perlahan seperti Andai Ku Tahu. Kehangatan bagaimanapun sekali lagi dijelmakan apabila mengalunkan dua lagu popular, Melayang dan Demi Waktu, secara duet bersama Are-Meer daripada kumpulan Sofaz.

Sayangnya, kedua-dua lagu terbabit ialah dendangan asal Ungu. Tentu lebih bermakna sekiranya mereka turut menyanyikan sebuah lagu tempatan. Lagu Salahku nyanyian Sofaz misalannya cukup dikenali peminat.

Selepas itu, suasana sekali lagi bertukar tenang atau lebih tepatnya romantik, ketika Pasha meminta peminat mengeluarkan telefon bimbit dan melambaikan ke udara sewaktu dia mengalunkan irama Untukmu Selamanya dan Tercipta Untukku.

Namun, lagu finale, Bayang Semua, dikira amat bertepatan kerana The Ruums bagai hendak runtuh dek lompatan penonton. Lagu lain yang turut dimainkan mereka malam itu ialah Kekasih Gelapku, Di Sini Untukmu, Sejauh Mungkin dan Berikan Aku Cinta.

Pasha sendiri bijak mengawal peminat dan komunikasinya pula harus dipuji. Biarpun bertutur dalam slanga Indonesia, peminat tidak kisah itu semua kerana mereka berseronok bersama celotehnya. Lebih bermakna, dia yang tidak pernah menunjukkan muka penat atau moody, turut menyampaikan pesanan bermakna seperti semangat perpaduan dua negara.

Sementara itu, Are-Meer menunjukkan, anak tempatan juga berupaya memberikan persembahan bertenaga. Bukan hanya dia mampu mengimbangi kemantapan vokal Pasha ketika mereka berduet, bahkan anak muda ini juga tampil hebat sewaktu muncul ke pentas sebagai kumpulan kedua pembuka tirai selepas New Boyz.













View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net