Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Jul-2007 21:00 Email | Share | Bookmark
Majlis Pertunangan Ning Baizura & Omar Shariff

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Rumah Pak Sheh Hamzah di Seksyen 18 Shah Alam

Quote:
Cinta pandang pertama Ning
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

SHAH ALAM: “Saya gementar tapi gembira kerana akhirnya dipertemukan dengan Omar menerusi cinta pandang pertama.

“Kami menunggu saat ini sekian lama dengan mengenali hati budi masing-masing selama 10 bulan sebelum memutuskan untuk bertunang.

“Hingga hari ini, kami masih saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat dan mendapat restu kedua-dua ibu bapa, keluarga dan rakan rapat,” kata penyanyi dan pelakon popular, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 32, selepas majlis pertunangannya dengan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33, di kediaman bapanya di sini, malam tadi.

Omar yang berasal dari Nottingham, England, adalah Pengurus Perunding Asia Pasifik, Landmark Graphics (M) Sdn Bhd.

Ning berharap pertunangannya dengan Omar diberkati Allah swt hingga ke gerbang perkahwinan yang berkekalan serta diiringi kasih sayang tulus dan ikhlas.

Bintang filem Diva itu juga menyatakan dia sudah bersedia membimbing Omar yang baru memeluk Islam pada 4 Julai lalu di Islamic Outreach, Ampang.

“Kami akan sama-sama belajar agama dengan bimbingan bapa dan ahli keluarga. Pada masa sama, saya akan menemani Omar mendalami Islam di Islamic Outreach,” katanya.

Majlis pertunangan Ning dan Omar berlangsung dalam suasana penuh adat istiadat tradisional Melayu, termasuk disemarakkan dengan acara berbalas pantun serta dihadiri kira-kira 300 tetamu.

Rombongan pihak lelaki yang mewakili ahli keluarga Omar diketuai Datuk Ramli Shamsuddin dan pihak perempuan pula oleh Abdullah Mohd Syariff, sekali gus mewakili ibu bapa Ning, Sheikh Hamzah Ahmad dan Satilah Abdullah.

Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran termasuk sirih junjung, telekung, sejadah, cincin tunang, kek coklat dan haruman.

Pihak perempuan pula membalas tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, al-Quran dan sejadah, sepasang kain dan songket, bola golf dan perkakas lelaki seperti kafling, coklat Paatchi dan buah-buahan (mangga).

Bagaimanapun, Ning belum bersedia mengumumkan wang hantaran perkahwinannya kerana masih dalam perbincangan.

Dia yang anggun dan berseri-seri dengan baju kurung putih rekaan Michael Ong nampak tenang ketika jari manisnya disarungkan cincin pertunangan bertatahkan berlian jenama Cartier yang disempurnakan ibu angkat Omar, Datin Farida Hashim.

Mengenai rancangan perkahwinan pula, Ning yang mula berkenalan dengan Omar pada majlis perkahwinan rakannya di Bali, Indonesia, September 2006, berkata mereka merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun depan.

“Saya juga bercadang bertemu keluarga Omar pada Ogos ini,” katanya.
Insya-Allah, saya akan membawa semua ahli keluarga Omar menghadiri majlis perkahwinan kami nanti,” katanya.


Pautan forum:
1. http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=290585&extra=page%3D1


Pantun dulu sebelum bleh masuk

Tukar hantaran

Sarung cincin oleh Datin Farida Hashim

Press Q & A time


Parent's blessing






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net