Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Jul-2007 11:00 Email | Share | Bookmark
Cosry Memfail Saman Keatas DBKL

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Quote:
Butik saman DBKL RM10j Berita Harian online

KUALA LUMPUR: Butik Cosry Wise (M) Sdn Bhd memfailkan saman RM10 juta terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana didakwa cuai ketika melakukan serbuan di premisnya, akhir bulan lalu.

Pengarah Urusannya, Ariff Quasri Md Nor, 35, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini melalui Tetuan Abdul Aziz & Associates, semalam.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif memohon ganti rugi teladan dan teruk masing-masing berjumlah RM5 juta, serta faedah sebanyak lapan peratus setahun.

Plaintif mendakwa DBKL menghantar sepasukan penguat kuasa seramai 30 anggota bersama satu jentolak dan lori bagi menjalankan operasi menyerbu dan merampas barangan milik butik itu pada jam 10.45 pagi, 28 Jun lalu.

“Usaha untuk berbincang dengan ketua pasukan penguat kuasa termasuk memberi alasan tidak menerima sebarang notis, tidak diterima, sebaliknya mereka meneruskan pencerobohan dengan memunggah barang milik butik.

“Akibat perbuatan pegawai defendan itu, keadaan menjadi kecoh di hadapan premis perniagaan berkenaan,” katanya.

Tuan punya butik , En Arff mengenang kembali kejadian rampasan sambil diperhatikan adik nya

Pereka fesyen dan rakan perniagaan Sdr Putra Aziz dengan fesyen "SIVAJI"

Sepanjang Jalan Telawi memang banyak lagi unit kediaman yang serupa yg telah diubah menjadi tempat perniagaan

Ariff memberi penerangan kepada para wartawan yang mengerumuni beliau

Ariff di beri penerangan oleh peguam beliau





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net