Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Jul-2007 10:18 Email | Share | Bookmark
Tun Mahathir Mempengerusi Mesyuarat Gapid

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berita melalui e-mail dari Sdr Sufi

Quote:
MESYUARAT PERTAMA Gapid dipengerusikan YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad, selama tiga hari dari Jun 23-25 di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina (BiH) mendapat sokongan penuh Kerajaan negara Balkan tersebut yang ingin melihat pelaksanaan pembangunan terancang melibatkan kerjasama sektor swasta dan Kerajaan.

Komitmen Kerajaan Persekutuan Bosnia-Herzegovina (Federation of BiH) itu disampaikan Perdana Menterinya, Nedzad Brankovic yang meluangkan masa hampir 90-minit di penutupan mesyuarat tersebut pada Jun 25.

Brankovic berkata beliau menghargai usaha Gapid melibatkan pihak swasta BiH di dalam program pembangunan kerana ini akan mempertingkatkan kerjasama serta pengalaman syarikat tempatan serta membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat BiH.

Beliau berkata, Kerajaan pimpinannya akan menyokong dan berusaha bersama-sama Gapid bagi menjayakan program yang akan dikenalpasti bagi dimajukan kelak.

Brankovic juga turut mengucapkan terimakasih atas usaha dan peranan berterusan yang dimainkan Dr Mahathir untuk menyokong dan membantu negara Balkan itu sambil menyatakan kehadiran bekas Perdana Menteri Malaysia itu menjadi motivasi kepada beliau dan Kerajaan pimpinannya untuk berusaha dengan lebih gigih membangunkan Bosnia-Herzegovina.

Bercakap kepada pemberita media BiH di akhir mesyuarat tersebut pula, Dr Mahathir berkata Gapid telah mengenalpasti beberapa sektor untuk dibangunkan di Bosnia.

Fokus pembangunan yang akan diberi perhatian utama merupakan pembangunan sektor pelancongan yang mana BiH mempunyai potensi besar. Sektor lain termasuk pengangkutan dan pengeluaran tenaga. Gapid juga akan membantu dalam usaha mempertingkatkan sistem pentadbiran Kerajaan Bosnia.

Dr Mahathir berkata Gapid yang mendapat komitmen Kerajaan Persekutuan BiH serta Bank Pembangunan Islam (IDB) akan bekerjasama dengan Kerajaan Bosnia untuk mengenalpasti sektor swasta BiH bagi tujuan penggabungan dengan agensi serta sektor swasta dari negara lain yang menjadi ahli Gapid.

Ini adalah supaya rakan kerja dari negara lain dapat berkongsi pengalaman di dalam usaha pembangunan dengan rakan usahasama BiH bagi membangunkan projek-projek yang dikenalpasti di BiH.

Gapid (Global Alliance for Partnership in International Development) atau Gabungan Persahabatan Global untuk Pembangunan Antarabangsa merupakan inisiatif Dr Mahathir bersama-sama beberapa individu lain termasuk golongan intelek, usahawan, institusi pembangunan serta pemimpin masyarakat.

Gapid bertujuan membantu merangka strategi menggabungkan kerjasama antara Kerajaan dan pihak swasta di dalam usaha mempercepatkan program pembangunan di negara-negara miskin dan membantu masyarakat yang tertindas.

Selain Dr Mahathir ahli Gapid termasuk Dr Ejup Ganic, bekas President Persekutuan Bosnia-Herzegovina, dan kini adalah presiden Sarajevo School of Science and Technology.

Dr Ganic serta Dr Faris Gavrankapetanovic, ketua pengarah Klinicki Centra Univerziteta Sarajevu (Hospital Pusat Universiti Sarajevo) akan memainkan peranan utama di pihak BiH menyelaraskan hubungan Gapid dengan Kerajaan Persekutuan BiH serta sektor swasta BiH, manakala presiden IDB Ahmed Mohamad Ali mewakili bank yang berpusat di Jeddah itu.

Di pihak antarabangsa pula Gapid juga menggabungkan rakan institusi termasuk Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank-IDB), Saudi Arabian General Investment Authority (SAGIA), European Muslim Union, Al-Bukhary Foundation, Turkish International Co-operation Agency (TICA), Bank Muamalat Indonesia, Malaysia Mining Corporation, Permodalan Nasional Berhad serta Islamic Chamber of Commerce and Industry (Dewan Perniagaan dan Industri Islam).

Semasa menghadiri mesyuarat Gapid, Dr Mahathir juga turut meluangkan masa menyaksikan majlis tandatangan tiga perjanjian diantara Bank Bosnia International dan IDB.

Perjanjian tersebut melibatkan pembesaran sekolah Islam di Mostar dan Tuzla serta pinjaman kredit mikro bagi bekas pelarian perang Bosnia (1991-1995) yang kembali bermastautin di negara asal mereka yang kesemuanya berjumlah 3.7 juta US Dolar.

Sebelum berlepas pulang pada Jun 25, Dr Mahathir sempat singgah di tapak Hotel Bristol Sarajevo. Hotel 200-bilik yang terletak di tengah-tengah bandar Sarajevo itu kini dimiliki Tradewinds Corporation yang akan membangunkannya sebagai hotel bertaraf lima bintang.

Hotel tersebut telah berhenti beroperasi semasa perang Bosnia 1991-1995 akibat dibedil puak Serb.

Menurut Dr Mahathir, pembelian hotel tersebut oleh Tradewinds jelas menunjukkan komitmen pihak swasta Malaysia di dalam membantu pembangunan sektor pelancongan Bosnia-Herzegovina sebagaimana yang ditekankan oleh Gapid.


Pautan forum: -
1. http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=332394#332394
2. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=286451&extra=page%3D1&page=7













View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net