Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jun-2007 16:00 Email | Share | Bookmark
Dato Norza bertemu Penulis Blogs

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Janda Baik, Bentong,Pahang 22 Jun, 2007. Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Mohammad Norza Zakaria telah sudi meluangkan masa untuk menerima jemputan peribadi berjumpa dan berdialog dengan para2 penulis buku dan penulis blog. Perjumpaan yang berlangsung di kediaman penulis terkenal Syed Al Attas atau dikenali sebagai Pak Habib, berjalan dalam suasana mesra dan terbuka.

Diantara perkara utama yang dibincangkan ialah :

1. mengapa UMNO menyisihkan penulis yang selama ini menyokong UMNO, samada mereka yang menulis dengan sokongan terbuka atau yg menulis dengan teguran kritis

2. perjuangan UMNO dan kemerdekaan bermula dengan penulis dan gerakan penulis tapi mengapa UMNO tidak mengiktiraf sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh para penulis.

3. UMNO harus memulakan dan mengadakan jalinan strategik dengan para penulis dalam menghadapi isu2 yang bakal dibangkitkan semasa pilihraya umum akan dating

4. penulis yang kritis terhadap UMNO sebenarnya sayang akan UMNO dan teguran mereka keatas tokoh2 politik adalah bertujuan untuk kebaikan. Adalah lebih berfaedah bagi penulis2 menulis perkara lain dari membuang masa menulis mengenai orang yang tidak mereka sukai.

5. pentingnya pucuk pimpinan tertinggi untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang IT supaya dapat mereka menceduk maklumat dari internet. Tambahan pula trend masa kini menunjukkan bahawa blog persendirian dan blog berita seperti MalaysiaKini, Malaysia today dan AgendaDaily mendapat perhatian dan pembacaan (hits) yang jauh melebihi apa yang terjual oleh akhbar2 perdana. (Pelayar internet boleh berinteraksi dan memberi maklumbalas kepada segala penulisan dan artikel dalam internet).

6. kelesuan Pemuda UMNO yang begitu ketara sejak kebelakangan ini, terutamanya didalam isu2 melibatkan kepentingan Melayu, contohnya : Proton, Bahasa Melayu, Wilayah Pembangunan Iskandar, Lina Joy dan sebagainya. Pemuda tidak lagi dilihat sebagai kelompok yang dapat mendesak dan mendorong UMNO kearah kecemerlangan tapi lebih kepada semata mata menyokong dan menjaga periok nasi saja.

7. telah tiba masanya pucuk kepimpinan UMNO dan Negara dibuka kepada para pemimpin pelapis yang jumlah mereka kian hari kian bertambah dan tidak menghadkan kepada keluarga tertentu yang membawa legasi keluarga mereka.

Perjumpaan berjalan selama lebih dari 3 jam dan berakhir jam 7.30 pm. Adalah menjadi hasrat Pak Habib untuk mengadakan lebih banyak lagi perjumpaan seumpama ini untuk memperbetul persepsi ahli politik terhadap golongan penulis.

Mula bersidang kat gazebo

Bila hujan masuk kebalairong Dari kiri, Dato' Badrul Hisham bekas penulis akhbar Utusan dan bekas Ahli Parlimen selama 8 tahun dan kini menulis untuk AgendaDaily, Dato Norza, Dato' Idris Tulis penulis dan tuanpunya akhbar Era Baru dan Pak Habib

Norzah Kepol (berbaju oren) pengarang akhbar tabloid Buletin Rakyat

Hanafiah Man (kiri sekali)..bekas wartawan kanan Utusan dan bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah...akan menulis di agendadaily dalam sedikit masa lagi

Dato Kamal Amir..dia tulis di Malaysia Today

Group foto



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net