Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jun-2007 10:44 Email | Share | Bookmark
KRU Music Dream Team '07 PC

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Planet Hollywood, 20 Jun 2007. Baru last year konsert percuma KRU di Padang Merbuk tak mendapat sambutan langsung dari para peminat mereka. Rasa2 nya masa tu mereka nak "test water". Kalau syarikat lain mungkin dah gulung tikar, tapi KRU tidak, mereka kini kembali semula ke persada perdana hiburan tanahair dengan pelancaran KRU Music Dream Team '07.

KRU hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Maestro dan TV3 seperti berikut:

1. KRU / Maestro

Pemilihan Dafi AF5 sebagai artis dibawah pengurusan KRU. Dafi dipilih berdasarkan populariti dan kesesuaian muzik yang bakal diketengahkan oleh Dafi sendiri. Satu lagi faktor pemillihan Dafi ialah kegigihan yang ditonjol serta minat yang sangat mendalam dalam menimba ilmu muzik.

2. KRU / TV3

Pemilihan finalis rancangan realiti Gangstarz untuk berada dibawah pengurusan KRU. Pelbagai perancangan telah pun diatur untuk pasaran di Malaysia mahupun di Indonesia. Hala tuju muzik The Lima akan cenderung kepada konsep pop rock dan bakal menjadi projek perintis artis2 yang lahir dari Gangstarz bergelar artis rakaman. Single pertama mereka bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan album bakal menyusul pada bulan September nanti.

Artis lama KRU yang maseh bersama mereka ialah Ezlynn, Anita Sarawak, Adam, Aznil dan AC Mizal.

Dapatkah KRU bertahan dengan bebanan yang bertambah ini, sedangkan umum sedia maklum bahawa KRU pernah mengalami masaalah kewangan yang acute satu ketika yang tidak berapa lama dulu... Terkendung dan terdidik kah mereka artis2 baru yang baru lahir dari program2 realiti? Yang pasti KRU akan mempunyai pasukan yang mantap untuk mewakili mereka di Fiesta Media Idola tahun depan

Forum links:
1. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=285992&page=1&extra=page%3D1#pid16326472

2. http://www.dafi-fc.com/dafi/?q=node/745













View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net