Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 16-Jul-2012 02:57 Email | Share | | Bookmark
Himpunan Hijau ke Putrajaya - Kuala Selangor

 
 
 
View all 35 photos...
Venue : Stadium Kuala Selangor, Selangor

Event : Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya

Date : 15/7/2012 @ 10.00 pm


Himpunan Hijau terdahulu yang bermula di Alor Setar hanya melibatkan kepimpinan PAS sahaja, tapi kali ini di Kuala Selangor pihak penganjur telah menjemput kepimpinan parti komponen lain untuk turut serta memberi ceramah. Teresa Kok mewakili DAP hadir dengan baju kebaya hijau sementara Kak Wan pula 'lari' dari menghadiri jemputan majlis perkahwinan semata mata hendak bersama hadirin Himpunan Hijau.

Kalau saya yang menjadi penganjur sudah pasti saya amat berbangga dengan kehadiran begitu ramai penyokong pada majlis ini.

1.

2.

3.

4. AJK Lajnah Pertaninan PAS Pusat, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Iskandar. Dekalsri tersebut mengandungi janji pakatan pembangkang untuk menjaga kebajikan pesawah sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan kerajaan pusat yang baru.

5.

6. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR kelihatan sesuai sangat dengan bendera yang dipegagng beliau..

7. Bekas ahli UMNO selama 31 tahun dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abdul Rahman Taib menyerahkan borang keahlian seumur hidup PAS kepada Mat Sabu

8. Datuk Ismail Hamzah mantan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri turut menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mat Sabu. Beliau telah bersara pada tahun 2011 setelah berkhidmat dalam kerajaan selama 33 tahun

9. Yusof Hassan , bekas Pengarah Perhubungan Awam dan Sumber Manusia JAKIM turut menjadi ahli PAS seumur hidup.

10. Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir (lahir 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah) merupakan seorang ahli politik dari Kulim, Kedah, Malaysia. Beliau mantan Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet , Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah sejak Pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008 (wiki). Beliau telah menubuhkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pada bulan Mei 2012 setelah meninggalkan UMNO pada bulan Mac 2012 setelah mengkritik teruk parti tersebut.

11. Turut diundang ialah wakil Presiden Mesir, Sheikh Ismail Hamid yang memberi ucapan ringkas

12. Mat Sabu mengulangi perkara perkara yang sama diucapkan di berberapa ceramah beliau sebelum ini. Hujan pun mula turun, saya tak tunggu hingga selesai...





Saturday, 14-Jul-2012 14:30 Email | Share | | Bookmark
SUKMA 2012 - Silat tidak menyerlah

 
 
 
View all 12 photos...
Venue : Institut Kemahiran Belia Negara, Temerloh, Pahang

Event : Pertandingan silat olahraga akhir

Date : 14/7/2012 @ 10.00 am


Saya menghabiskan sepagi hari Sabtu untuk menyaksikan pertandingan akhir silat Olahraga di temasya Sukan Malaysia disamping mengambil peluang merakam aksi aksi yang saya harapkan menarik untuk dikongsi disini.

Dizaman pelajar dahulu saya giat berkecimpung dalam sukan seni mempertahankan diri hingga mewakili negeri dan kelab keperingkat antarabangsa. Itu cerita 30 tahun dahulu. Namun hingga kini minat masih ada walaupun usia sudah meningkat.

Perjalanan dari tol Karak hingga ke lokasi acara mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan berkereta. Dewan IKBN Temerloh tidak lah sebesar mana, muat untuk dua gelanggang bagi dua acara berjalan serentak. Tempat duduk bagi penonton amat terhad. Kebanyakan penonton terdiri daripada peserta yang menjadi penyokong bagi negeri masing masing.

Sepanjang dua jam berada disana, suasana hiruk pikuk penyokong menghidupkan suasana pertandingan yang sedang berlangsung. Cuma yang saya kurang puas hati ialah kualiti pesilat yang nampak kurang bersedia bagi acara diperingkat SUKMA yang sepatutnya menghasilkan pesilat negara yang bakal mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa.

Dari jam 10.00 am hingga 12.00 pm, tiada seorang pun pesilat yang kelihatan menyerlah. Ini pandangan peribadi saya. Harap maaf sekiranya ada yang tidak bersetuju. Banyak kesilapan asas yang dilakukan sehingga wasit terpaksa menegur berulang kali.

Akibat nya mood untuk mengambil gambar pun merudum. Sebenarnya saya teramat letih kerana sudah dua tiga hari kurang tidor. Saya terpaksa meminta isteri menjadi peneman supaya tidak tertidor semasa dalam perjalanan. Hasil gambar hanya sekadar untuk berkongsi dengan pelawat blog saya. Koleksi ini bukan lah yang terbaik...














Friday, 13-Jul-2012 08:44 Email | Share | | Bookmark
Imej terbaru Anwar - berkacamata

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
View all 12 photos...
Venue : Dataran Anak Muda MBPJ, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya

Event : Ceramah Merdeka Rakyat - click HERE

Date : 12/7/2012 @ 9.30 pm


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.



Wednesday, 11-Jul-2012 12:40 Email | Share | | Bookmark
JATI tak mahu bersekongkol dalam hal Islam

 
 
 
View all 6 photos...
Venue : Tabika Kemas, Taman Samudra, Batu Caves, Kuala Lumpur

Event : Ceramah Selamatkan Akidah

Date : 10/7/2012 @ 10.00 pm


Kali ini giliran Azmin pula. Terok dia kena londeh oleh Dr Hasan Ali.. Sebelum memulakan ceramah Dr Hasan yang terok kena balun oleh Ustaz yang berceramah di surau berdekatan. Naik angin satu badan laa Presiden JATI.....











Wednesday, 11-Jul-2012 07:45 Email | Share | | Bookmark
Penyerang berparang sengaja cari maut - Kak Wan

Venue : Pusat media, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media mingguan

Date : 10/7/2012 @ 11.00 am


Kak Wan merasakan perbuatan pasangan yang menyerang pejabat Perdana Menteri dengan menggunakan parang sengaja mencari maut...






[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net